2011/01/24

CERITA kau dan AKU

Salam 1 Malaysia, salam perpaduan...

Korang pekabar semua?. MISZ DS harap korang semua sihat-sihatlah hendaknya. Huhu


Pada episod entri kali nie yang MIZS DS kira amat special lah buat kami  rakan-rakan semua.

Semalam rakan-rakan MISZ DS buat surprised betol. MISZ DS ingatkan jamuan biasa-biasa jer sebab sebelum tue kakak Cik Noyue, kawan MISZ DS ada bawak keropok lekor. UMMMMM YUMMMYYYYY


23 JANUARI. Lebih kurang 4:45 PM:

Petang tue......

"Iniey..Iniey ooooo Iniey"....

Aik sapa lah yang panggil aku kat luar asar-asar camne? Ngomel hati ini. Huhu 

"Ya...ya... ada gapo, Mie?".

"Eh, mung masak r air. Kekgi aku g bilik mung deh". Sahut Cik Mimiey. 

Di sebelah Cik Mimiey ada Cik Noyue... Amboi-amboi siap  berbaju pinky lagi. Lawa-lawa nie diorang  nak pergi mana ek?.

* dialog klate diadun dengan luggah terengganuyah



5:45 PM.....



 Lepas sorang-sorang diorang "serbu" bilik MISZ DS nie hah. Huh Mula-mula Puan farhah. Nani Klate. Tup-tup cukuplah geng kami.  Lapan kepala besar semuanya!! Hahaaaa

Arghhhhhhhhh Cik Mimiey bawak ayam KFC!! Nothing special about KFC just glamor or something like that. Haha Semua bertempik. Habis gempak gempita rumah MISZ DS yang sedia besar nie. Haha Kaya kan MISZ DS nie siap ada apartment mewah lagi. Hoho Apartment pihak U lah yang sediakan sebenarnya. Bagus juga kan sekali sekala ada orang belanja kita makan. Rasa dihargai. Ewah2

Yang tak sodap jadik sodap. Huhu Nak lebih baguih lagi kalau 3, 4 kala orang belanja!! Mahu save bajet MISZ DS nie. Huhu syutttttttttttt ('_____________')

Apa lagi melahaplah kami petang tue sampai Maghrib tau. Tue pun masih ada lagi baki makanan yang tak habis. Kenyang woooooo. Mana taknya keropok lekor lagi, sandwic sardin disalut dengan mayonis, cheezy wedges, air laici, air oren dan ayam KFC sudah semestinya. Semua kami hentam. Yang lawaknya, dengar kabo ada yang terberak-berak keesokannya. Termasuklah MISZ DS sendiri. Huhu k lah setakat nie jer. Lain kali kalau panjang umo kita borak lagi yer. Oh yehhhhh

* malam nie nak makan bubur nasik plakkkk. Hasil nukilan tiga dara; Cik Mimiey, Noyue, dan Nani Perak yang comel-comel.

Makan jer kerja kamu yer. Hihi^^


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

2011/01/19

Pesanan Buat HAWA

Wahai Hawa, Kenapa.. 







engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu? Kenapa.. mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya? kenapa.. masih segan mengamalkan isi kandungan-nya ? dan kenapa.. masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya? 

Wahai Hawa, Sedarlah..
Tangan yang mengoncang buaian.. boleh mengoncang dunia, Sedarlah hawa.. kau boleh mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!! yakni yang Soleh dan Solehah, kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia. 

Tapi hawa.. 
jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.. kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHANA! 

Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan.. kerana wanita ialah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam. Hawa, Andai engkau masih remaja.. jadilah anak yang Solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami.. jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu.. didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH. 

Hawa, 
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu.. hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya.. tapi merangsang nafsunya. 

Wahai Hawa,
Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan... takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. 










Hawa, 
Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka. 

Tetapi hawa,
Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya... Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu... 

Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu. Hawa, Cintailah ALLAH.. dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu.. kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH. Cintailah keluargamu.. kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa , 






Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI. Jangan sesekali.. tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

2011/01/08

My Wishes




MISZ DS rasa cukup bertuah sekali kerna dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sempurna. Walau harta tak setinggi Gunung Himalaya tapi bahagia ditemani ahli keluarga tersayang. Tambahan pula punya 'rakyat' yang banyak ragamnya. Kadang-kadang memeningkan kepala yang sudah sedia pening nie. Huhu 


Harapan MISZ DS sempena tahun baru ini agar tabah menghadapi liku-liku hidup yang seterusnya. Dan moga kehidupan keluarga kami bertambah berkat hendaknya. Semoga daku dapat menjadi contoh teladan yang baik kepada rakyatku sekalian. Heee Hemoh, hemoh, hemoh

Untuk Cik BD moga sukses selalu. Yuhu. Aja-aja fighting k!!



Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

Copyright(C)2012 duriansonata All Rights Reserved.