Showing posts with label Artikel Penulis. Show all posts
Showing posts with label Artikel Penulis. Show all posts

2011/05/08

Kenalan.. Kawan... Sahabat

KENALAN.. KAWAN... SAHABAT.. Walaupun intonasi bunyinya lain, mereka tetap teman kita. Cuma panggilanya yang sedikit berbeza. Kenalan untuk mereka yang jauh. Kawan untuk teman yang jauh sedikit. Sahabat untuk mereka yang palingggg dekat. 

Ketika kaki ini mula melangkah di uniSZA diri ini tidak mempunyai apa-apa melainkan sepasang spek mata. Kekekekeke. Dengan spek mata itu, MISZ DS berkenalan dengan seseorang. Dari situ namannya kenalan. Masa makin berlalu dari sehari ke sehari, dari situ kami menjadi kawan. Bila lama berkawan ,banyak pula rintangan yang melanda. tapi kami tetap tabah mengharunginya. Ketika itu namanya sahabat. Siapa sahabatku?. Mereka ialah orang-orangan yang sentiasa berdampingan dengan ku, selalu bersapa khabar, memberi makan dan minum, bawak pergi jalan-jalan, tidur sama-sama, makan sama-sama, borak sama-sama, study, jalan, dan semua sama-sama!! Dan mereka juga ialah yang telah lama berdampingan dengan diri ini, berjumpa dengan diri ini, hidup dan mati dalam keadaan ISLAM!! Semua orang ialah sahabat saya. Dalam pada itu diri ini tertanya-tanya "adakah saya sahabat kalian?".

Sahabat yang baik tidak akan mengata sahabatnya yang lain tapi saya?. Kekeke; MAAFKAN... AMPUNKAN daku.. SALAH dan SILAPKU.... (T_T)

Bila sesuatu berada dihadapan kita, jarang sekali untuk kita menghargainya. Tapi bila sesuatu itu sudah tidak ada, barulah kita menangis ke mana perginya ia?. Oleh itu hargailah kenalan anda, kawan anda, sahabat anda sebelum terlambat.


* banyak kesalahan penggunaan ayat di atas yang memang disengajakan oleh penulis blog ini. Kekekeke



Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

2011/04/21

Cinta Itu Anugerah


         Cinta itu anugerah bagi setiap insan. Setiap orang pasti mahu dicintai dan menyintai. Tidak kira cinta itu kasih sayang antara ibu dan anak, adik beradik, kaum keluarga baik suami mahupun kekasih. Cinta itu sungguh indah dengan warna-warna ceria juga lahir dalam pelbagai bahasa. Ungkapan “saya sayang awak”, “I love you”, “saranghae”, “aishiteru” dan lain-lain versi  negara adalah satu ungkapan yang digunakan untuk meluahkan rasa cinta kepada seseorang. Walaupun berbeza sebutan tetapi maknanya tetap sama iaitu kasih, sayang dan cinta dengan sepenuh hati setulus perasaan jiwa dan raga


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

Copyright(C)2012 duriansonata All Rights Reserved.