2015/09/03

SHAWL GIVEAWAY BY MELODI CINTA KITA


Assalamualaikum bloggers ..readers semualah yang sedang baca post nie. Selamat pagi juga!! Wishing you all the best in whatever you do.

Semangat datang pepagi kat sekolah semata-mata nak join contes by Puan Ayen kita nie. huhu Mestilah kita kena bagi support kat kawan kita kan. Kawan dari dulu lagi kot. keke Langkah-langkahnya:

1)Pertama sekali MISZ DS kena tampal bannernya dulu okay

Mak aihh comelnya banner kamu sampai penuh skrin komputer sekolah nie..hihi
    
2) Follow blognya dah.
4) Add fb orangnya dah.
5) Follow IG nya ok.
6) Tag 5 orang bloggers susah sikit maklum lama menyepi.. hihi Tapi ini dia  ERAZ FADLIsayidahnapisahdotcom , Yan Ty ,  mirza syazwina dan acuyuhan

Semoga berjaya, berjaya dan berjaya hendaknya. Sekian, terima kasih dan assalamualaikum.


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

2015/08/23

I wish, I hope

Assalamualaikum. Anyeonghaseyo. Apa khabar?. Lama kita tak bersua. Last entri Januari dulu. Sekarang nak masuk akhir tahun dah. Apakan daya. Sob3

Rindu nak berblog setiap hari tuh memang ada. Entahlah memang MISZ DS suka menulis dan membaca cari benda2 baharu. Nasiblah. Nak delate blog tak mungkinlah. Sayang kot. Dah berapa tahun hidup dengan blog nih. Cuti sekolah nanti ingat nak upgrade lah blog kasi cun melecun, matang gitu. Yang penting kuning tetap ada. Huhu

Sejak tinggal kat Bangi, MISZ DS jarang sangat layan KPOP. Sedih. Haha Dulu bukan main lagi fanatik tahap cipan. Lening jeling dari jauh jer. Perubahan yang ketara. Sigh

Benarlah kata orang, jangan benci sangat takut nanti sayang pula dan jangan sayang sangat takut nanti benci meluat pula.

Target sekarang nak kumpul duit buat apa yang wajib dulu ikut keutamaan lah. Banyak lagi yang belum kejar. Susah bila cakap bab masa depan nih. Yang penting kita mesti YAKIN pada-Nya.

How i wish. How i hope so badly.

Suka MISZ DS kongsikan kat sini;

"Ke mana pun cinta melangkah. Sejauh manapun ia pergi..cinta tahu ke mana ia harus pulang".

Semoga kamu semua berada dalam lindungan Allah. TERIMA KASIH. Assalamualaikum.


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

2015/01/07

Comeback- Januari

Assalamualaikum dunia dan kepada sesape yang membaca entri ini.

Lama sudah MISZ DS tak update blog ini. Kusam jer blog ini. Tak ada seri orang kata. Bukan apa, baru rasa nak tulis sesuatu. Kena tunggu 'rasa' itu dulu lah. Hak3

Tahun nie dah masuk 26, but still unemployed. Grade tahun lepas, 2014. Dah lama rasa terpegun/terperap/termenung kat rumah. huhu Sedih, azam tahun nie nak kerja. Kalau dapat yang lagi hebat tuh alhamdulillah. All praise to Allah. hihi Lagi lena tidur. keke Susah ke nak dapat kerja sekarang? Kerani tuh banyak lah. Kita tak patut memilih sebenarnya. Well, saya nak kerja. No pilih-pilih.

I'm back. Comeback yang pertama untuk tahun nie. keke Harap hubangan kita sesama manusia bertambah mantap dan dapat diperteguhkan lagi. Bagi semua mangsa banjir di pantai timur, anggaplah ini semua ujian dan dugaan daripada Allah untuk kita terus mengingatinya. Musibah ini jika kita hayati ia boleh mendekatkan kita kepada Allah yang mengandungi banyak hikmah yang kita tidak nampak. Sebagai contoh, lihat sahaja tsunami di Acheh tu. Bukan ke Acheh sekarang bangunannya lebih moden dan ekonominya pesat membangun berbanding 10 tahun yang dulu?.

Penduduknya pula lebih ramai yang pergi ke masjid dan berpusu-pusu membuat kebaikan. Jika dulu hidup lalai sekarang lebih bernilai di sisiNya. Benarlah Allah hantar sesuatu musibah supaya kita kembali kepadaNya. Bukan seperti musibah yang membawa kemusnahan dan kerugian yang besar yang kita nampak dari luar jer, hakikatnya?. Kita perlu berfikiran positif.


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

Copyright(C)2012 duriansonata All Rights Reserved.