Assalamualaikum dunia dan kepada sesape yang membaca entri ini.
Lama sudah MISZ DS tak update blog ini. Kusam jer blog ini. Tak ada seri orang kata. Bukan apa, baru rasa nak tulis sesuatu. Kena tunggu 'rasa' itu dulu lah. Hak3
Tahun nie dah masuk 26, but still unemployed. Grade tahun lepas, 2014. Dah lama rasa terpegun/terperap/termenung kat rumah. huhu Sedih, azam tahun nie nak kerja. Kalau dapat yang lagi hebat tuh alhamdulillah. All praise to Allah. hihi Lagi lena tidur. keke Susah ke nak dapat kerja sekarang? Kerani tuh banyak lah. Kita tak patut memilih sebenarnya. Well, saya nak kerja. No pilih-pilih.
I'm back. Comeback yang pertama untuk tahun nie. keke Harap hubangan kita sesama manusia bertambah mantap dan dapat diperteguhkan lagi. Bagi semua mangsa banjir di pantai timur, anggaplah ini semua ujian dan dugaan daripada Allah untuk kita terus mengingatinya. Musibah ini jika kita hayati ia boleh mendekatkan kita kepada Allah yang mengandungi banyak hikmah yang kita tidak nampak. Sebagai contoh, lihat sahaja tsunami di Acheh tu. Bukan ke Acheh sekarang bangunannya lebih moden dan ekonominya pesat membangun berbanding 10 tahun yang dulu?.
Penduduknya pula lebih ramai yang pergi ke masjid dan berpusu-pusu membuat kebaikan. Jika dulu hidup lalai sekarang lebih bernilai di sisiNya. Benarlah Allah hantar sesuatu musibah supaya kita kembali kepadaNya. Bukan seperti musibah yang membawa kemusnahan dan kerugian yang besar yang kita nampak dari luar jer, hakikatnya?. Kita perlu berfikiran positif.