2010/12/29

Makan Biskut Cik Bedah, Tak Nak Kawan Sudah

Setelah lebih seminggu stop blog nie kerana ada masalah yang tidak diingini, akhirnya MISZ DS kembali lagi menerjah blog nie. Hahaks Huhu

Rasanya sudah lama MISS DS tak gerakkan tangan menconteng sesuatu diruangan entri blog nie. Sampaikan terasa tangan terketar-ketar (auta lebih jer tue) :)

Tapi kepalaku kembali pusing! Mana taknya dari pagi sampai petang, dari petang sampai ke malam asyik buka blog jer ejas yang mana perlu diejas (loghat klate), dari template ke edit dari edit ke blaaaaaaa sampai tak sedar masa berlalu. Tik tok, tik tok pukul 3, 4, 5 baru zzzzzzzZZZZZ

Kesannya esok ngantok sampai bangun pukul 12 PM! Yeka?. Gurau jela. Budak baik mana boleh bangun lewat kan3. Anway thanxs bangat kepada Cik Mimiey yang bersusah-payah menunjuk ajar dalam mendiklimasikan blog yang tak seberapa cun ini. Mesti pening Cik Mimiey kena jawab soalan-soalan ribut MISZ DS maklumlah saya budak baru belajar, salah silap lambat faham, harap kamu maafkan. Haha Tak lupa juga kepada Cik Noyue. Kepada yang berminat bolehlah follow blog nie:


Makan biskut cik Bedah,
Tak nak kawan sudah^^


Pantun dua kerat yang tak berapa jadi. Jangan terasa tau. K wasalam...


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

2010/12/08

Seorang Gadis Itu







Seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...

Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...







namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...



Seorang gadis itu ...







teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...









Seorang gadis itu ...

bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...

Seorang gadis itu ...







bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah


Seorang gadis itu ...







perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...

Seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

Andainya Cinta Itu Hendak Diberi

Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang;




1.Kuat Pengamalan Agamanya
Ukuran boleh dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, kerap berjemaah dan sembahyang pada awal waktu.

Ukur juga, apakah dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan.

Mengutamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda menerima pinangan Sayidina Ali, seorang pemuda paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah.

2. Baik Akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Rasulullah s.a.w. bersabda;

"Jika (seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuanmu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya,nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu kamu tidak lakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang amat luas."



3. Tegas Mempertahankan Maruah
Ukur, apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang bleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya seperti ke tempat-tempat hiburan yang penuh dengan maksiat.

4. Amanah
Selidiki, apakah dia seorang yang tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya atau apakah dia pernah menyalahgunakan kedudukannya.

5. Tidak Boros
Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi sama dengan orang-orang lain yang berhak.

6. Tidak Mengelingas Matanya
Perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang sewaktu berbicara. Jika begitu, dia seorang yang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan calon suami.

7. Terbatas Pergaulan
Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah orang.

8. Siapakah Rakan Pergaulannya
Rakan-rakan pergaulan adalah yang sama sepertinya.

9. Bertanggungjawab
Rasa bertanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh manakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yang agak berada tetapi keluarganya hidup susah,dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab.

10. Tenang wajahnya
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Perhatikan, apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yang kelam-kelibut dia bukanlah calon suami yang anda cari-cari.

  • Berbahagialah anda jika dicintai calon suami yang demikian sifatnya. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat.




Cinta seorang wanita bukan untuk 'buaya-fren' tetapi untuk suaminya yang sah


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

2010/12/05

Cintamu Ku Bawa Bersama


CINTA MU KU BAWA BERSAMA-=>posted by POTATO CILIK
‘’Syaz,bangun..!! Bangun,Syaz..matahari dah meninggi nie..’’..laung Mak Zimah di dapur..
Dia tahu anak daranya yang seorang itu masih lagi kepenatan selepas pulang dari Kuala Lumpur kelmarin.Lantas sebaik sahaja selesai solat subuh berjemaah..dia terus membiarkan Syazwina menyambung kembali tidurnya yang tertunggak itu..Majlis konvokesyen anaknya kelmarin masih lagi terbayang di tubir matanya..Melihat anak bongsunya yang cantik tersarung jubah graduan melangkah menuju ke pentas utama..Mak Zimah menguntum senyuman paling manis buat si anak yang sedang menerima ijazah kepujian dalam bidang yang diminatinya.Anaknya yang sorang itu memang mengikut jejak langkah abang chiknya..Ternyata berbaloi segala usaha yang telah dicurahkan oleh Pak Hir dan dirinya dalam mendidik anak-anaknya..Empat orang cahaya mata hadir melengkapi kehidupan mereka suami isteri..Anaknya yang tiga orang itu masing-masing sudah bekerjaya.Cuma si adik sahaja belum..Sejuk perut Mak Zimah mengandungkan mereka..Mudah-mudahan keluarganya bahagia di dunia dan di akhirat.


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

Westlife- My Love


Westlife- My Love



An empty street..
An empty house..
A hole inside my heart..
I’d m all alone..
The rooms are getting smaller..
I wonder how..
I wonder why..
I wonder where there are..

The days we had.
The song we sang together..
Oh..yeah..
And all my love..
We are holding on forever..
Reaching for the love that seems so far..
So,I say it in a breath..
Hope my dreams will take me there..
Where the skies are blue..
To see you once again..my love..
All the seas go coast to coast..
Find the place I love the most.
Where the fields are green..
To see you once again..my love..
I tried to read..
I go to work..
La m laughing with my friend..
But..i can’t stop..
To keep my self from thinking..
Oh…no..
I wonder how..
I wonder why..
I wonder where there are..
The days we had..
The song we sang together..
Oh..yeah..
And all my love..
We are holding on forever..
Reaching for the love that seems so far..
So,I say it in my breath..
Hope my dreams will take me there..
Where the skies are blue..
To see you once again..my love..
All the seas go coast to coast..
Find the place I love the most..
Where the fields are green..
To see you once again..
To hold you in my arm..
To promise you..my love..
To tell you from my heart..
You are all I am thinking of..
Reaching for the love that seems so far..
So,I say it in a breath..
Hope my dreams will take me there..
Where the skies are blue..
To see you once again..my love..
All the seas go coast to coast..
find the place I love the most…
Where the fields are green..
To see you once aain..my love..
To say it in my breath…who will take me there..
Where the skies are blue..
To see you once again..my love..
All the seas go coast to coast..
Find the place I love the most..
Where the fields are green..
To see you once again..my love…


Mengejar CINTA amat perit. Sakit menahan segalanya. Bukan mudah untuk menangkis segala rintangan yang mendatang. Pada anda yang memiliki CINTA, hargailah ia. Semaikanlah ia dengan benih CINTA. Siramilah ia dengan kasih sayang. Suburkanlah ia dengan baja doa. Moga CINTA sejati itu milik kalian. Jangan biarkan ia menjauh PERGI...


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

Selsema Oh Selsema

Topik kita pada kali ini ialah selsema. Ala pada musim hujan begini biasalah terkena selsema kan.

Tapi apa yang luar biasanya?. Tak dek yang luar biasanya, cuma MISZ DS tertanya-tanya;




 ubat



dekat farmasi mesti habis kan?. Kekeke Untung pada sesapa yang buka farmasi tu. Heee :)


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

Copyright(C)2012 duriansonata All Rights Reserved.