CINTA MU KU BAWA BERSAMA-=>posted by POTATO CILIK
‘’Syaz,bangun..!! Bangun,Syaz..matahari dah meninggi nie..’’..laung Mak Zimah di dapur..
Dia tahu anak daranya yang seorang itu masih lagi kepenatan selepas pulang dari Kuala Lumpur kelmarin.Lantas sebaik sahaja selesai solat subuh berjemaah..dia terus membiarkan Syazwina menyambung kembali tidurnya yang tertunggak itu..Majlis konvokesyen anaknya kelmarin masih lagi terbayang di tubir matanya..Melihat anak bongsunya yang cantik tersarung jubah graduan melangkah menuju ke pentas utama..Mak Zimah menguntum senyuman paling manis buat si anak yang sedang menerima ijazah kepujian dalam bidang yang diminatinya.Anaknya yang sorang itu memang mengikut jejak langkah abang chiknya..Ternyata berbaloi segala usaha yang telah dicurahkan oleh Pak Hir dan dirinya dalam mendidik anak-anaknya..Empat orang cahaya mata hadir melengkapi kehidupan mereka suami isteri..Anaknya yang tiga orang itu masing-masing sudah bekerjaya.Cuma si adik sahaja belum..Sejuk perut Mak Zimah mengandungkan mereka..Mudah-mudahan keluarganya bahagia di dunia dan di akhirat.
.‘’Ya,mak..orang tengah bangun la nie..jap lagi orang turunlah..nak mandi dulu..’’..laung syazwina yang masih lagi bermalas-malasan di atas katil..rindunya aku kat katil nie..dah lama da tak tidur lama-lama macam nie..kalau dulu asyik sibuk dengan assigment jer..tidur pun sampai boleh termimpikan assigment..alangkah nikmatnya nikmat-Mu ini Tuhan..
Laungan Syazwina mengejutkan Mak Zimah yang mengelamun jauh itu..
‘’Ya Allah,budak bertuah nie suka sangat mengejutkan orang..mujur tidak di buatnya sakit jantung..kalau tak niaya..’’getus Mak Zimah sambil menggeleng-geleng kepalanya..Tanpa terus membuang masa Mak Zimah terus sahaja menyambung tugas memasaknya..nasi lemak kesukaan Syazwina,malah juga merupakan makanan favorite mereka sekeluarga..
Di dalam bilik pula,Syazwina masih lagi liat untuk bangun..namun,sebaik sahaja terhidu bau tumisan ikan bilis..terus sahaja tangannya mencapai kain tuala dan bergegas menuju ke bilik air..Sempat juga matanya mengerling ke arah jam dinding..Ya,Allah..sudah pukul sebelas pagi! Cepat-cepat Syazwina mandi..Oh,nasi lemak,engkau tunggu aku..janganlah engkau terlebih dahulu di rampas oleh Mr.Black..seusai sahaja mandi dan mempersiapkan diri ala kadar..Sekadar mengenakan t-shirt berlengan panjang dan seluar slack berwarna hitam itu sudah memadai..Gaya yang ringkas,namun sopan..Langkahnya di atur kemas menuju ke dapur yang terletak di tingkat bawah rumah banglo dua tingkat itu..
‘’Mak..’’panggil Syazwina manja lantas menghadiahkan ciuman special di pipi kanan Mak Zimah sebaik sahaja berpaling..
‘’Ya Allah..budak bertuah nie..suka sangat buat orang terkejut..apa..nak suruh mak cepat dapat sakit jantung ka..?..’’Mak Zimah berpura-pura marah..sedangkan dalam hati suka diperlakukan sedemikian..Rasa bahagia semakin mekar menyelinap dalam dirinya..juga dalam keluarganya mudah-mudahan..
‘’Tak ler..mana ada orang buat mak terkejut..Orang Cuma bagi special kiss jer..’’..dalih Syazwina..
‘’Yelah..special kiss kat mak sorang jer..habis kat abang long nie tak nak bagi ke..cik adik manis oii..?..’’celah Saiful Azam tiba-tiba..
‘’kalau Syaz bagi kat abang..mau tak cemburunya isteri abang tu..kan tak pasal-pasal Syaz dapat penumbuk maut Kak Mai tau..’’..
‘’Alerr..Kak Mai tu abang simpan dalam hati..adik abang nie plak dalam kocek seluar abang nie haa..’’sakat Saiful Azam sambil tangannya nenunjukkan poket seluar yand dipakainya..Jarang benar dia dapat peluang untuk menyakat adik bongsunya itu..apatah lagi tugasan kerja sebagai jurutera sering sahaja membataskan waktu untuk bersama-sama keluarga..
‘’Abang Long niekan..Syaz bagitau kat Kak Mai baru tau..kan mak.?.’’..
‘’Oh..yerk..bagitau ler…I dn’t care..’’..Saiful Azam seakan mencabar adiknya itu..Terasa lucu plak..
‘’Mak..tengok abang nie..’’..adu Syazwina memohon simpati emaknya..
‘Lerr..awaitnye..memang mak tengah tengok rupa abangmu yang encem nie..’’..ternyata Saiful Azam masih lagi seronok menyakat Syazwina..
‘’Sudah..sudah..sampai bila korang nak bertekak nie hah..kau pun satu Epol..dah ada anak dua masih lagi nak menyakat adik kau tu..’’..Pak Hir bercekak pinggang sambil mengeleng-geleng kepalanya..Nak kata marah tu tak ler..Bila dah lama tak berkumpul macam nie la jadinya..Si abang sibuk menyakat adiknya..Bukannya dia tak biasa dengan kerenah empat orang anaknya itu..Kata isterinya…dah terlalu biasa!!..
‘’Haa..apa hal yang korang diam nie..Jom makan!..Kan bila dah sejuk tak sedap pulak nasi lemak mak kau nie..’’..Pak Hir ingin sahaja ketawa bila melihat anaknya, Epol dan Syaz diam jer..tak ubah seperti budak kecik..bila kena marah,terus jer diam..Namun..diseriuskan mukanya itu..
‘’Kan..dah kena..lain kali buat ler lagi..’’..Kak Mai sengaja memberi buah paku serpih pada kitaorang..sambil mak mengambil Sarah yang berada dalam dukungan Kak Mai..Sarah adalah anak kedua abang long dan Kak Mai selepas Nana..Nana atau nama panjangnya Nurul Diana Saiful Azam baru melangkah masuk ke usia 4 tahun..manakala adiknya Sarah..baru berusia setahun..kata Kak Mai lagi..Sarah,anak sedara ku itu punya kening yang halus seperti ku..Betui ka..??..
‘’ Tau..mujur belum berlaku perang dingin Abang Long vs Syaz..’’..Kak Ngah ku plak melontarkan buah paku kerasnya..Kak Ngah sudah lima bulan berkahwin..Kata mak semasa aku telefon dulu..kak ngah mengandung..sudah masuk empat bulan setengah..bunting pelaminkan..hihihi..suami Kak Ngah,Abang Hakim..outstation..entah ler..kali nie Abang Hakim terbang kat mana plak..aku tak tanya plak Kak Ngah..malas nak menyibuk! Yang penting setiap kali Abang Hakim pulang..pasti ada hadiah yang dikiriminya..kalau kak ngah dan abang ngah pulang ke rumah mak ayah..aku kenalah menjaga auratku..Auratku sebagai wanita muslimah..
‘’Hey..awak tu..buat apa tercegat kat situ..macam tunggul kayu jer!..Orang lain tengah makan..awak plak mengelamun entah apa-apa…Tak nak makan ke ..?!.’’..
Mak oii..mulut saper plak yang pedas tu..Kan aku cili ngan lada kecik tmbah sos cili lak..biar semakin berapi mulut kau tu…baru kau tau!..dah tu..aku pun satu..asyik mengelamun sampaikan tak perasan yang semua orang sedang menjamu selera..sudah ler tak breakfast..niaya aku..jaga abang long..Tak ajak dah kita pi sama kat meja makan..Ada ubi ada batas,ada hari boleh balas la..,getus hati Syazwina..
‘’Dah lar tu..mai makan Syaz..jangan hirau kata abang chik kau tu..’’..Mak seakan membelaku setelah agak lama aku berdiam diri..Syaz cayang mak..!!..
Pantas ku atur langkah..mengambil tempat di sebelah abang chik..tetapi,aku lebih suka memanggilnya Mr.Black..kenapa yerk..?..
‘’Await tak nampak pun Nana kat sini..Nana tak makan sekali ka..?..’’..tanyaku sekadar memecah kesunyian..
‘’Nana tengah tidur kat atas tu haa..Kak Mai malas nak kejutkan dia..penat kot lepas joging dengan atuk dan ayah chiknye pagi tadi..’’..jawab Kak Mai mesra..
‘’Oooo..patut ler Syaz tak nampak pun ayah,abang chik dan Nana..rupa-rupanya pergi joging..nape tak ajak Syaz join sekalinye..kan best dapat hirup udara segar nie kan..mak..’’..tanyaku lagi panjang lebar..
Mak ku sekadar mengangguk sahaja..sesekali tangannya menyuapkan makanan khas Sarah..Mak sendiri yang menyediakan resepi istimewa itu..
‘’Amboi..sedapnya mulut tu..kata kita tak ajak dia..dia tu yang asyik dengan selimut jer..Bila dah matahari meninggi..baru tau nak bangun tidur..Iyelah,orang baru jumpa dengan bantal selimut diakan..Dah la..tuan tu suka mengelamun jer kerjanya..Haa..bukan nak tolong mak ngan Kak Mai kat dapur nie..bukan nak tolong kak ngah mengemas rumah..tidur jer yang dia reti..’’..bidas Alif Ikmal merangkap abang chik ku itu..
Amboi..Mr.Black..lancarnya mulut kau..patutlah kau jadi peguam..rupa-rupanya mulut kau nie pedas..whatever ler..Mr.Black..diorang tak cakap apa pun kau plak yang melebih..aku nak makan nie..Perut nie bukan main berlagu lagi..Makan tengah hari tu aku bantai dua pinggang nasi lemak..Sedap mak aku masak..Jadi,tak hairan la kalau ada apa-apa kenduri kat kawasan taman perumahan nie mak aku yang jadi chef utama..Chef Azimah! Keluarga ku plak hanya menggeleng kepala jer apabila melihat aku menyeduk nasi kali kedua dalam pinggang ku..Mr.Black plak mulalah memberi syarahan tak bertauliahnya..Mengalahkan profesor budak sebilik aku!.Whatever la,just ignore them..
Petang tu aku hanya menghabiskan masa senggang dengan menghirup udara segar di taman mini buatan ibuku..Sungguh cantik dan mendamaikan..Aku lebih suka mengambil tempat di buaian kayu itu..Di hadapan buaian kayu itu terdapat kolam ikan..Macam-macam ikan peliharaan ada..Di suatu sudut plak terletak akuarium ikan gupi..kecil,tapi menarik!..Aku memejamkan mata..damainya hati ini..Tiba-tiba aku terasa buaian aku ini di hayung laju..Nie mesti kerja anak sedara ku yang sulung itu..Si Nana..
‘’Nana,stop! Nanti jatuh mak usu nie..’’..arah ku pada Nana..Tetapi.tidak di hiraukan..malah,semakin laju..
‘’Nana! Stop..nanti mak usu tak belikan aiskrim Mat Kool Locket Choc baru tau..’’..ugut ku supaya dia memberhentikan hayunannya..
Ternyata ugutan ku itu tidak diambil kisah olehnya..Bukannya aku tidak tau aiskrim itu aiskrim kegemarannya..Geram diperlakukan sedemikian..aku lantas berpaling ke belakang..Aku melihat Mr.Black tersengih-sengih,tak ubah seperti kerang bucukk..Nana yang berada dalam dukungannya ralik menghisap aiskrim kegemarannya..Oooo,patutlah dia tak termakan dengan ugutan ku sebentar tadi..Rupa-rupanya si Nana nie terlebih dahulu disogokkan dengan aiskrim..
‘’Abang chik,how dare you..!..Kalau Syaz jatuh kengkarang siapa nak bertanggungjawab..Syaz belum kahwin lagi,tau..’’..marahku bercampur geram..apa tidaknya,Mr.Black sudah mengganggu ketenangan ku bersama assistant ciliknya..
‘’Alah..adik abang chik nie..Abang chik gurau jelah..Saper suruh berangan sangat..’’..
Aku tengok abang chik aku yang sorang tu masih lagi tersengih..Entah apa-apa!! Melihat Nana yana rakus menikmati aiskrimnya,aku tiba-tiba jer dapat satu idea..idea yang ku rasa paling bagus setakat nie..huhuh..
‘’Bukan berangan ler,Mr.Black..Orang tengah cari kedamaian tau..Tetapi,di sebabkan abang chik telah menganggu ketenangan Syaz..Maka,Syaz jatuhkan hukuman supaya belanja aiskrim satu..Eh,bukan satu tapi sepuluh bantang aiskrim tau..Kalau tak,Syaz bagitau sal nie kat mak..’’..
‘’Urmmm..okaylah..abang chik belanja.10 batang aiskrim pun abang chik tak kisah,tau…’’..
Yahooooooooo,dapat jugak aku makan aiskrim free,jimat duit aku..Abang chik pantas mendail numbor telefon abang long..Aku tau tentu dia menyuruh abang long membelikan aiskrim tersebut..bukannya aku tak tau kerana semasa aku nak pergi kat taman mini nie mak terlebih dahulu memaklumkan kepada ku yang mak,abang long,Kak Mai dan si kecil Sarah nak ke bandar Kota Bharu..Nak pergi shoping kata mak lagi..Orang pempuan biasalah tu.!!..
‘’Syaz..Syaz tak nak kerja ke kat syarikat guaman abang..Be a my assistant..’’..soal abang chik setelah mengambil tempat duduk di sebelah aku..Nana plak berada dalam ribaannya..Nana,apabila dapat berjumpa dengan ayah chiknya pantang berenggang..Taulah ayah chiknya enccemmm..Still muda lagi..dan yang penting masih lagi solo..Tapi..aku pun boleh tahan cantiknya..hihih..
‘’ Urmmm..tak mboh ler..Buat masa sekarang Syaz nak berehat dulu..nak hilang tension!!’’..jawab ku setelah lama berdiam diri..Menjadi pembantu Mr.Black alamaknya sengaja menempah penyakit la..bukan aku tak tau yang dia tu suka buli aku..Whatever la!!!
‘’Abang chik offer betui-betui nie..Lagi pun..Syaz belum hantar resume lagi kan kat mana-mana syarikat guaman..’’..Mr.Black masih tidak berputus asa memujuk ku untuk bekerja dengannya..Almaklum la aku sorang jer yang ikut jejak langkah dia..
‘’Abang chik nie..next time jelah..Orang ada kije nak buat nie..’’..dalih ku sambil meninggalkan mereka berdua..
Selepas makan malam..aku meminta izin untuk ke bilik..Pinggang mangkuk sudah pun Kak Mai setteled kan..bertuah dapat kak ipar macam Kak Mai..Abang Long lebih-lebih lagi bertuah ler..Sesampai jer aku ke bilik,aku terus mendapatkan laptop dell kesayangan ku..Hadiah dari Mr.Black sempena hari jadi ku yang ke....23 tahun lepas..Pantas tangan ku mengelik yahoo messeger.,sudah empat hari aku tidak menjengah peti inbox ku itu..mana tau ada emel dari sesaper ka..Dan……sangkaan ku memang tepat..emel dari Durian Sonata itu terus aku buka dan baca..
‘’Assalamualaikum.How are you,young lady..Fine..?..Syaz,,aku mintak maaf bebanyak..hari ini baru aku berkesempatan untuk menulis emel nie...Harapkan kau sent emel kat aku sampai berjanggut ler aku tunggu kau jawabnya..bknnya aku tak tau kau tu liat sikit klu bab menulis nie.kihkih.Syaz,tak sangkakan kita dah konvo..best giler masa tu.Sehari selepas konvo tu aku ikut parent aku balik Korea..rumah aku kan kat sana..huhu..by the way,lau kau ada masa jemput ler mai kat sini..So,boleh la kita main salji sama-sama nanti..Best!!.Syaz,kat sini jgak aku postkan sekali pitcures kite masa konvo dulu..cantik gambar kte ngan frenz.Oklah,aku blah dulu la..mengantuk sangat nie..take good care of yourself..-Durian Sonata..’’..
Aku tersenyum sendirian selepas selesai membaca emel Aleeya..Aku lebih mesra memanggilnya Leeya..Leeya adalah kawan yang paling rapat dengan ku..kami mula berkenalan di awal semester satu lagi dan Leeye sebilik dengan ku..Cuma,kitaorang bukan dalam course yang sama..Parent Leeya mula bermastuatin di Korea awal tahun lepas..aku pernah berangan nak melancong ke Korea satu hari nanti..huhuh..Aku reply emel teman baikku itu sekadar mengucapkan gamsahamnida di atas gambar yang dkiriminya..seterusnya aku save them dalam pindraf..aku menutup laptop berwarna oren itu sebaik sahaja menekan butang shut down..Aku mencapai bantal dan selimut..time to sleep!! Esok dan hari-hari yang seterusnya pasti aku kesunyian..apa tidaknya,abang long sekeluarga akan pulang ke Kuala Lumpur..Manakala kak ngah dan abang chik masing-masing akan pulang ke Shah Alam..yang pasti aku akan merindui mereka semua..
Tiga bulan kemudian..
‘’Syaz..kak ngah ada called mak tengah hari tadi..Katanya kawan seguru dia,Cikgu Suraya yang mengajar kat SMK Kubang Kerian nak bersalin minggu depan..Jadi,kak ngah Syaz hajat nak suruh Syaz jadi cikgu sandaran dua bulan kat sana..Mau tak,,?..’’..emak memulakan perbualan setelah mengambil tempat duduk di sebelah ku..Sama-sama menghadap televisyen..
‘’Cikgu ye mak..Tengok la dulu..’’..jawab ku acuh tak acuh..Mata ku masih lagi terpacak kat cerita yang ditayangkan di skrin televisyen..Cerita bersiri penyiasatan,berkisar tentang kepolisan memerangi penjahat..Black and White..Tak sangka Black nie handsome,sama macam abang chik..serius dan berkarisma dalam kerjaya…lagi satu..Black kat tv nie suka pakai baju berwarna hitam.samalah ngan abang chik.That’s why aku suka gelar abang chik Mr.Black.hihi..aku suka watak White yang cool tu..dah la dua-dua tu sama handsome..Mamat taiwan kan..Aku membuat pernilaian sendiri..aku mula setia dengan cerita nie sebulan yang lalu..mula-mula ia bersiaran..
‘’Syaz..anak mak..kije ler dulu jadi cikgu ganti nie yerk..Syaz duk kat rumah pun apa yang boleh buat..Tanam anggur jer yang dia reti..Lau anggur tu dapat hasilnya tak pe la jugak..’’..
Mak masih lagi memujuk ku..Aku tau..hanya kak ngah sahaja yang mengikut jejak langkah ayah mak sebagai pendidik..Kami yang tiga orang nie..terserah kata mak dulu..Asal jadi budak yang berguna kepada agama,bangsa dan negara..Cikgu?..
‘’Syaz..dengar tak apa yang mak cakap nie..’’..Satu cubitan hinggap di paha ku..Tak sakit pun!!..aku tau mak geram dengan sikap ku yang acuh tidak acuh sal kerja nie..dulu pun mak pernah menyuarakan rasa tidak puas hatinya pada ku yang menolak untuk bekerja dengan Mr.Black..Kesudahannya tugasan sebagai assistant itu diberikan kepada Ameen..Anak Mak Bedah jiran sebelah rumahku yang juga berkelulusan undang-undang..
‘’Ya,mak..Orang dengar..Ok..baiklah,orang sudi ambik kije tu..Bile kena start bekerja nie..Cikgu Azimah..?..’’jawab ku berseloroh..
‘’Minggu depan,on Sunday ..get ready,cikgu Syazwina.’’..
Mak..berlalu pergi meninggalkan aku yang tika itu masih lagi menghadap tv2..Hari ahad..?..nia hari jumaat..maknanya….Mak oiiiii..cepat sangat tu..I’m not ready yet..
Keesokan harinya..sabtu petang..mak mengajak aku gi window shopping..Round Kota Bharu..hadiah sempena dapat jadi cikgu kan..cikgu ganti!!..Petang tu aku hanya mengenakan gaya yang santai..blaus ungu berlabuci di bahagian tangan..juga tudung ungu bercorak flora..dan seluar slack berwarna putih yang tidak terlalu ketat..Kasut hitam bertumit sederhana itu menyerlahkan lagi gaya ranggi ku..Sebelum melangkah masuk ke dalam kereta Toyota Vios milik ayah..sempat lagi emak memuji ku..Kembang kempis hidung aku di buatnya..berbaloi jugak aku bersiap selama setengah jam nie..huuhuh..Ayah menjadi derebar setia kami petang itu..kami singgah di KB Mall yang merupakan pusat membeli-belah tersohor di negeri Cik Siti Wan Kembang ini..Niat di hati ingin jugak membeli beberapa pasang baju kurung siap ekoran tidak sempat lagi untuk menempah Mak Cik Za tukang jahit supaya menjahit baju kurung..Aku memilih butik First Lady..pakaian kat sini more moden and harganya jugak berpatutan..setelah selesai memilih beberapa pasang baju kurung yang ku rasa bersesuaian dengan diri ku..aku terus membayarnya di kuanter pembayaran..Sebelum melangkah masuk ke butik First Lady,ayah sempat berpesan kepadaku mereka nak pergi cari barang keperluan sikit kat tingkat bawah..Jadi..terpaksalah aku memilih sendiri pakaian tanpa ada pengkritik setia ku..
Aku meninjau-ninjau sendirian sebelum berkira-kira untuk ke kedai kasut..Dapat beli sepasang dua kasut pun jadilah..kasut aku pun sudah ada yang tidak eloknya..sudah ada yang berlubang sana sini..Sambil aku berjalan..deringan message nyaring berkumandang mintak dibukakan..saper ler yang hantar message kat aku nie..time aku tengah excited bershopping barulah ada orang yang sudi hantar sms..hendak dibiarkan sahaja serba salah jugak..mana la tau ada important sms ke..kaki ku pantas mengatur langkah ke hadapan,sementara mata aku membaca sms yang tertere di skrin telefon..Lorh..message dari pihak Celcom rupanya..tetiba aku terasa bahu ku dilanggar seseorang..habis jatuh berkecai telefon bimbit Sony Ericsson Cyber Shoot aku yang tika itu baru ku ingin masukan semula ke dalam beg tanganku..Aku terus mengutip telefon bimbit ku yang hanya tinggal kuprum-kuprum kecil itu tanpa mempedulikan lelaki yang melanggar ku..
‘’Sorry,I’m in a hurry..’’..tergesa-gesa lelaki yang melanggar ku itu berlalu pergi..aku hanya mampu mendengus geram..geram sangat-sangat.!!..
Malam tu aku geram sangat-sangat…aku nangis puas-puas,sebab telefon tu aku beli dengan menggunakan duit simpanan aku sendiri..aku lebih rela berdiet untuk mendapatkan telefon tersebut.aku lebih suka berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain..ye..selagi aku mampu melakukannya!! Aku ingin lelapkan mata,tetapi peristiwa petang tadi masih aku tidak lupa..terbayang-bayang saat aku kehilangan my boyfriend..
Mataku tajam mengekori susuk tubuh lelaki yang melanggar ku tadi..terasa kecil sahaja lelaki tu untuk ku telan..biar padan muka dia! Kaki aku terus melangkah masuk kedalam kereta sebaik sahaja ayah dan emak sampai di tempat letak kereta..dalam perjalanan pulang..aku hanya menyepikan diri..hilang perasaan ceria untuk berkongsi keghairahan ku membeli belah dengan mereka..sesekali deheman ayah berbunyi sekadar memecah kesunyian..emak plak sesekali menjeling ke arah ku..tetapi..aku buat-buat tak tahu..maafkan Syaz..
‘’Syaz anak mak..kenapa nie..sepi jer..Syaz sakit ke..?.’’..terpancul keluar pertanyaan Mak Zimah..perasaan bimbang mula menguasai diri apabila melihat anak perempuannya muram sahaja..
‘’..Hmmm..nothing..i’m ok..’’..jawab ku perlahan namun cukup jelas pada pendengaran mereka..
‘’Syaz sayang..jangan nak tipu emak dengan ayah..kalau Syaz diam,muram,sedih semacam jer..kami tau sangat-sangat..arif sangat tentang diri Syaz..cuba cerita kat mak ayah..apa yang telah berlaku..’’..Mak Zimah memujuk anaknya itu,..lembut,namun tegas..
Hendak tak hendak aku terpaksa ceritakan step by step kepada mereka..dari a sampailah z..ayahku menawarkan untuk membeli telefon bimbit yang baru..tapi,aku menolaknya dengan berkata..
‘’Tak apalah ayah..bila Syaz kawen nanti biar suami Syaz yang belikan..’’…selorohku sambil tersenyum kecil..bukan niat untuk menolak..tapi..biarlah untuk sementara nie aku tidak memakai handphone..
Malam itu Farhan Fedhtri tidak dapat melelapkan matanya..memikirkan perempuan yang dilanggarnya petang tadi,hati Fedhtri resah..marahkah si perempuan tersebut..tetapi,dia bukan sengaja..ingin sahaja dia berterus – terang tika itu,namun dimatikan niat tersebut apabila memikirkan dia ada tanggungjawab lain..sesuatu yang lebih penting! Sempat juga matanya melihat wajah perempuan tersebut..cantik dan ayu bertudung sambil tangannya lincah mengutip saki – baki telefon yang jatuh itu..dalam hati farhan fedhtri ..masihkah ada ruang dan peluang untuk meminta maaf dari gadis cantik itu..?..
Matanya masih lagi mengantuk..entah pukul berapa dia tidur semalam pun dia tidak tahu..digagahi jugak untuk dia membuka kedua-dua belah matanya..hari ini adalah hari pertamanya bergelar cikgu ganti…dia harus memberikan first immpresion kepada para pendidik smk kubang kerian..jarum jam menunjukan angka 6 ketika dia bangun… langkah kakinya cepat diatur menuju ke bilik air..tangannya plak cepat menyambar tuala yang tersedai di hujung katilnya..
Setelah Syazwina siap mengenakan pakaian barunya,,langkahnya segera di atur ke tingkat bawah..menuju ke ruang makan..dia perlu menggalas perutnya terlebih dahulu supaya tidak kelaparan apabila mengajar nanti..nasi goreng kampung bersama milo panas memang membuka selera paginya..ayah menawarkan khidmatnya untuk menghantarnya pagi itu,jadi tak perlulah dia berkejar untuk naik bas..hari pertama biasalah kena ada yang menghantar..selepas bersalaman dengan emak aku menuju ke kereta..aku lihat ayah sudahpun sedia berada di tempat memandu..
‘’Jom..!’..kataku ringkas setelah memboloskan diri dalam kereta..mengambil tempat di bahagian belakang…aku lebih suka duduk di tempat belakang…
‘’Zam,kau ada kat mana nie..?..lambat lagi ke kau nak datang nie..?..’’..Fedhtri terus bertanya apabila panggilannya berjawab..
‘’ Aku tengah on the way la nie..jap lagi aku sampailah..’’..jawab Azamen..sudah di pesan kepada kawannya jangan di bawak motor tu..tetapi,degil!! Sekarang barulah tau..confirm mamat tu takkan naik motor da lepas nie…..
‘’Motor nie pun satu..tayar nak pincit pun masa nielah..ngan aku jugak dia nak buat problem..bila dengan kawan baiknya,azam..no hal plak..’’..bebel Fedhtri geram..
‘’Syaz…await kat depan tu…?..tanya Pak Hir kapada anaknya..sambil kedua-dua tangannya cekap mengawal stereng..
‘’Apa…’’..jawab Syazwina pendek..Syazwina malas hendak ambil peduli tentang apa yang ditanya oleh ayahnya..bagi Syazwina apa yang lebih penting adalah subjek yang diajarnya..mujur jugak dia diberitahu oleh emaknya kelmarin dulu tentang subjek yang akan diajarnya nanti..subjek bahasa melayu..huhuh..
‘’lorh.,kamu nie Syaz..cuba tengok kat depan tu..ada budak yang tayar motornya pancit kot..’’Pak Hir berandaian sahaja..hendak ditolongnya..Syazwina perlu di hantar ke sekolah terlebih dahulu..kenkarang lewat pulak anak daranya sampai ke sekolah..
‘’Ayah..mungkin dia dah called mintak tolong kawannya..pandai-pandai dia la ayah..’’..
‘’hmmmmmmm’’…
Ketika kereta Pak Hir melintasi tempat pemuda tersebut..sempat dia membunyikan hon kenderaannya..kuat sehingga pemuda tersebut mengangkat wajahnya yang sedang ralik menekan butang telefon..terkejut barangkali..Syazwina tersenyum kecil sambil menggeleng-geleng kepalanya..ayah..ayah..tak habis-habis buat orang terkejut…
Ya Allah,perempuan tu..aku semacam pernah melihatnya..tapi,kat mana yerk…Fedhtri berfikir sejenak..cuba untuk mengingati..Ya Allah,baru aku teringat..kelmarin akulah yang melanggarnya..guman Fedhtri dalam hati…tidak sempat untuk dia meminta maaf diatas peristiwa tersebut..mungkin ada lagi peluang yang seterusnya..?..Insya-Allah..
Ya Allah…berdebarnya dalam hati Cuma Engkau Yang Maha Mengetahui..nak kata apa yerk kat budak-budak tu nanti..aku nie pun bukannya ada skill nak mengajar orang nie..kalau mengajar diri sendiri boleh la…guman Syazwina dalam hati…kakinya betui-betui dah terpacak di hadapan kelas 5 Sains..riuh-rendah kelas tu sampai tak terperasan kehadirannya di depan pintu masuk..ok,Syazwina..U can do it!!
‘’Assalamualaikum..kelas..’’…begitulah intro pembuka kata..sudah diajar oleh emaknya..dan sudah dia praktikan di dalam kereta pagi tadi…berulang-ulang kali..sepi semacam pulak jadinya kelas nie.heran bin ajaib pulak..semua mata tertumpu kepadanya…ada yang tak kena ke dengan penampilannya..control..control..guman Syazwina dalam hati lagi…
‘’Bangun semua..1,2,3…waalaikumussalam..cikgu..’’..suara yang kuat dan lantang itu memecahkan suasana sepi Syazwina..fuh..selamat!!..kemudian…kata-katanya diikuti oleh semua pelajar..32 orang semuanya..
‘’Cikkkkkkkkk..’’..
‘’Cikgu nie cikgu barukan..cikgu ganti..Betul kan..?..
Belum sempat aku menghabiskan sepatah perkataan..kata-kata ku terlebih dahulu dipotong..entah apa-apa!!..Apapun kenalah jawab betui ke tak betui..be profisional la sikit kan..
‘’Yeap..saya cikgu yang mengantikan cikgu Suraya..’’..
‘’Cikgu..cikgu name apa..’’..kedengaran pula suara pertanyaan dari yang lain…Baru aku nak jawab..terpancul kuar pulak soalan yang lain..
‘’Cikgu asal mana..?..
Then..berderet-deret persoalan yang muncul..bebudak nie macam tak sabar jer nak kenal aku…Ada ke patut satu dua soalan tu tanya aku dah kawen belum..dah ada anak belum..kalu ada berapa..yang paling dasyat aku kira..suami cikgu nama apa..saya nak kenal,boleh..?..habis satu kelas ketawa..kurang vitamin apa…Aku hanya jawab apa yang ku rasa perlu jer…yang lain tu..sorry ok..
‘’Ok..my full name is Nurul Syazwina Binti Zahir..cikgu asal orang sini jer..dekat – ddekat nie jer..cikgu anak keempat daripada empat beradik..ok..?..aku rasa itu pun dah cukup..
Wait for a minute..Cikgu,kitaorang nak call cikgu menda..last question maybe..how’re age you now..?..
Ada-ada jer soalan mereka nie..aku diam sejenak..
‘’hmmmmmm,just call me.,cikgu syaz..simple,right..umur 24 taun baru…still muda lagi,tau..’’..aku tersenyum kecil…
Aku melihat jam tangan ku itu.. jarum jam sudah menunjukkan angka 12.40..5 minit lagi sesi kelas akan berakhir…
‘’ok,kelas…hari untuk berkenalan sudah tamat..so,on Wednesday..cikgu nak start mengajar..sambung yang cikgu suraya stop dulu..get ready first..sebab,cikgu tak suka nanti bila ada orang yang tak faham..ok..?..sedikit keras itonasi suaraku..time slow..slow la..time seriuas..kena seriuas la..right..
Habis jer kelas tu menandakan sesi persekolahan sudah berakhir..huh,lega sehari..pagi tadi,sebelum aku melangkah kuar dari kereta..ayah sempat berpesan yang dia akan datang menjemput ku pulang nanti…tunggu jelah.kan ayah dah janji..aku pusing sana,pusing sini..berdiri sana,,berdiri sini setelah ku rasa sudah agak lama menunggu..aku melihat jam ditanganku..jam hadiah dari seorang yang cukup istimewa dalam hati ku..hadirnya bagai sinar mentari..sampai ke hari ini..pada saat ini..aku masih lagi setia padanya…sudah jam 1.30..so,maknanya aku sudah menunggu setengah jam..mak oii..tapi..setengah jam itu masih tak dapat di ukur dengan tempoh 3 tahun itu..lama!! aku menyelongkor tas tangan ku..ingin mencari duit syiling…nak telefon ayah..di tangan ku sudah ada kepingan syiling 20 sen satu-satunya..baru hendak ku bangun…sebuah motorsikal di parkin di hadapan k..macam kenal jer…..
*To be continued…
0 1111 Primadonna Bagi Love Letter:
Post a Comment
MISZ DS Happy Kalau Anda Komen. Terima kasih Primadonna^^