2011/09/20

Konvo Diploma

Salam semua. Gembira hati nie sebab dapat konvo diploma bersama kawan-kawan. Akhirnya pengajian selama 3 tahun ini sampai ke penutupnya. Femili MISZ DS semua datang, hah tue yang bertuahnya. Rumet lama pun ada juga konvo sekali tapi sayang kita orang jumpa di pejabat akedemik jer. Sekarang katanya, dia sambung belajar di UNIMEP dalam bidang pembuatan juga. Alhamdulillah.

Rumet yang dulu pun ada jumpa jugak. Dua malam dia menginap kat bilik buruk* MISD DS. Sedih + terharu sgt. Esok petang dia akan pulang ke Kelantan. Sedih, mana taknya terlalu banyak perkara yang kami lalui bersama-sama. Tapi alhamdulillah kami dapat menamatkan pengajian masing-masing dengan PNGK yang sama juga!! Congrats to my ex rumet Rabiatul Adawiyah atas kejayaan anda!!


My sis pula pulang ke Nilai naik bas mlm nie. Oh yea, my sis ada bagi bunga kat MISZ DS sempena majlis konvo semalam. Bunga yang pertama MISZ DS terima sepanjang hidup kat dunia nie selama 22 tahun. Kesian bukan? terkejut beruk jugak sebab my sis bagi bunga tetiba masa kuar dewan. Tak sangka juga ada orang yang nak bagi bunga kat kita nie. Kekeke. Ada banyak gambar yang kami sekeluarga photoshot/snap semalam. Tapi sayang tak boleh tunjuk kat sini sebab kamera tak dek dengan MISZ DS. Maybe lain kali kot baru boleh post. Hehe Oppa Long MISZ DS banyak amek gambar kita orang, yang jadi modelnya bukan MISZ DS tapi adik MISZ DS yang sorang lagi, Rabiatul. Amboi beriya beno nak bergambar yea. Study hard, smart harddddd lau nak masuk u jgk!! do the best for PMR nanti. My doeseng Adik Mad  plop galok sungguh. Lompat sini lompat sana. Omma kata lari elok-elok nanti masuk longkang! Appa  sibuk duk sembang dengan orang mana ntah.

Ada satu benda yg buat MISZ DS cukup kecewa. Segalanya tampak sempurna tapi macam ada yang kurang. Nani@Adik Jungmin, kami tak sempat pun amek gambar bersama. Mana taknya dia tergesa-gesa nak balik ke UIA. Kami berempat sudah terpisah namun yang pasti ikatan ukhwah, mawaddah warrahmmah kami akan tetap utuh sampai bila-bila. Itu yg pasti. Tapi kan adik Jungmin tak tau bila lagi kita boleh jumpa. Mungkin yang nie kali terakhir sayang?.

Urmmm akhir sekali to all Prim* yang akan pergi konsert Korean Music Wave on 24/9 at Stadium Merdeka Bukit Jalil selamat enjoy lah. MISZ DS jeles sangat kat korang yang pergi nih. Kirim salam kat My Ki tau dengan lafaz salam 1 Korea tau. Kekeke MISZ DS tak dapat pergi sebab kekurangan bajet sob3~. K bye semua.

* blok Safiah buruk sangat berbanding blok G dulu. Unisza ptt caj yang lebih murah untuk yuran asrama.
  Prim: Ft Island's fans. A short from Primadonna.


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

0 1111 Primadonna Bagi Love Letter:

Post a Comment

MISZ DS Happy Kalau Anda Komen. Terima kasih Primadonna^^

Copyright(C)2012 duriansonata All Rights Reserved.