2011/10/03

Bersabarlah

Tazkirah hari ini:

"Sabar itu setenggah daripada iman"

Bersabarlah kita walau betapa berat ujian yang menimpa. 

MISZ DS sabar bila pergi kelas BI. Bukan tak best cuma malas takut-takut ada test ke benda tak boleh jawab. Dapat markah ciput jer boleh bikin  MISZ DS malu nie! Kan kita dah belajar BI banyak tahun sejak dari kecil hingga dewasa tapi tak boleh-boleh juga. Berbelas-belas tahun belajar Madam kata. Madam ada cakap kat MISZ DS nie dan kami-kami semua. Maknanya lebih kurang MISZ DS translate macam nie:

"Kalau lah awak ada minat untuk mendalami BI.. asal ada minat jer (inisiatif) awak akan dapat. Awak sanggup untuk baca newspaper, cari info. Ini tak awak minat Korean jugak". Hurm hampehhhhh 

Hah amek ko!! Dapat lagi durian satu biji. (@__________@)

MISZ DS juga sabar walau hidup sorang diri. Maksudnya merantau sorang-sorang. MISZ DS tak kisah kalau belajar sama u, sama level dengan adik MISZ DS. Bab nie MISZ DS tak malu okeh! MISZ DS lebih suka kalau Cik BD ada sama-sama. Tapi sekarang mustahil. Lain kali tak tahu. Kot-kot dapat buat master sama-sama, konvo sama-sama. Wah, how lucky i am^^

MISZ DS sabar juga pergi jelajah bilik-bilik* member walau dunia gelap kat luar hostel sana. Yang penting enjoy. Keke Dapat makan sama-sama. MISZ DS tak boleh makan sesorang nanti ada benda yang meracau. Mula terfikir yang bukan-bukan.. Haha 

See you again^^

*sebelah bilik jer@ dalam hostel yang sama. Wink


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

Dugaan Tuhan. Banyak bersabar

Hai. Selamat pagi.  Bagaimana cuaca hari ini?. Disini cuaca redup-redup sahaja. Pokok tak bergoyang, angin yang goncang. Keke Betul tak istilah nie? Hurm Jadi mood terus baik. Dapatlah susun sesuatu untuk dikongsi. Ye tak?.

Semalam hujan agak lebat. Cuaca sekarang tak menentu. Entah apa hukuman yang Allah nak berikan. Tiap-tiap hari ada hujan, ribut, angin taufan tak hairan lah jeti penambang baru di Kuala Terengganu boleh runtuh. MISZ DS ingat lagi waktu tue time Maghrib. Angin kuat datang melanda. Mak oii habis baldi dengan kain-kain di balkoni melayang. Bunyi petir berdentum-dentum macam padang kena bom tak payah cakap lah. Tapi sekejap jer. Lepas tue hujan lebat mencurah-curah. Ada juga air yang selamat mendarat masuk 2,3 bilik sampai melimpah keluar pintu. Kesian diaorang sebab kena buang tahi kucing lagi kalau tak najis kelabu tue akan bercampur dengan air hujan, kan susah gitu? Haha

Bukak internet tengok-tengok dapat berita yang tidak menyenangkan fikiran. Runtuh lagi.  Kalau tiap-tiap kali runtuh gini bikin MISZ DS malu jer jadi rakyat Terengganu. Apa-apa pun kita yang merancang tuhan yang menentukan. Mungkin kerajaan negeri harus memikirkan cara terbaik agar masalah ini tidak berulang lagi. Terima kasih.^^



*masih ada lagi sisa bangga jadi rakyat Terengganu. Sayang MB!!


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

Copyright(C)2012 duriansonata All Rights Reserved.