Hai. Selamat pagi. Bagaimana cuaca hari ini?. Disini cuaca redup-redup sahaja. Pokok tak bergoyang, angin yang goncang. Keke Betul tak istilah nie? Hurm Jadi mood terus baik. Dapatlah susun sesuatu untuk dikongsi. Ye tak?.
Semalam hujan agak lebat. Cuaca sekarang tak menentu. Entah apa hukuman yang Allah nak berikan. Tiap-tiap hari ada hujan, ribut, angin taufan tak hairan lah jeti penambang baru di Kuala Terengganu boleh runtuh. MISZ DS ingat lagi waktu tue time Maghrib. Angin kuat datang melanda. Mak oii habis baldi dengan kain-kain di balkoni melayang. Bunyi petir berdentum-dentum macam padang kena bom tak payah cakap lah. Tapi sekejap jer. Lepas tue hujan lebat mencurah-curah. Ada juga air yang selamat mendarat masuk 2,3 bilik sampai melimpah keluar pintu. Kesian diaorang sebab kena buang tahi kucing lagi kalau tak najis kelabu tue akan bercampur dengan air hujan, kan susah gitu? Haha
Bukak internet tengok-tengok dapat berita yang tidak menyenangkan fikiran. Runtuh lagi. Kalau tiap-tiap kali runtuh gini bikin MISZ DS malu jer jadi rakyat Terengganu. Apa-apa pun kita yang merancang tuhan yang menentukan. Mungkin kerajaan negeri harus memikirkan cara terbaik agar masalah ini tidak berulang lagi. Terima kasih.^^
*masih ada lagi sisa bangga jadi rakyat Terengganu. Sayang MB!!
0 1111 Primadonna Bagi Love Letter:
Post a Comment
MISZ DS Happy Kalau Anda Komen. Terima kasih Primadonna^^