Cinta itu anugerah bagi setiap insan. Setiap orang pasti mahu dicintai dan menyintai. Tidak kira cinta itu kasih sayang antara ibu dan anak, adik beradik, kaum keluarga baik suami mahupun kekasih. Cinta itu sungguh indah dengan warna-warna ceria juga lahir dalam pelbagai bahasa. Ungkapan “saya sayang awak”, “I love you”, “saranghae”, “aishiteru” dan lain-lain versi negara adalah satu ungkapan yang digunakan untuk meluahkan rasa cinta kepada seseorang. Walaupun berbeza sebutan tetapi maknanya tetap sama iaitu kasih, sayang dan cinta dengan sepenuh hati setulus perasaan jiwa dan raga
. Cinta itu wujud sejak azali lagi. Ketika mana Allah menjadikan Nabi Adam maka bermulalah cinta iaitu cinta sayangnya Allah kepada manusia. Lalu tatkala itu diciptakan Hawa dari tulang rusuk kiri Adam sebagai pelengkap kehidupan, teman untuk dikasihi dan dicintai.
Namun begitu, dewasa ini kita sering dikejutkan dengan berita-berita yang tidak enak didengar. Kes pembuangan bayi, pelacuran, lari dari rumah, rogol dan gejala sosial lain adakah ini namanya cinta?. Jika cinta jenis ini yang kita pegang, mana letaknya maruah cinta suci?. Sebagai contoh kes pembuangan bayi. Bayi yang lahir dari perhubungan halal sudah tentu dari segi logiknya orang tidak akan buang. Tapi bayi yang lahir dari hubungan luar nikah?. MISZ DS tidak menghukum bahawa setiap bayi yang dibuang adalah anak luar nikah tetapi sekarang realitinya adalah begitu. Mana letaknya maruah kita sebagai gadis Islam, berketurunan Melayu, juga berpegang pada adat-adat ketimuran tatkala menyerahkan diri kepada lelaki asing yang bukan suami kononnya sebagai bukti bahawa kita sayangkan dia?.
Nah, jika begitulah perinsip yang kita pegang selama ini maka warna-warna ceria cinta kita tadi sudah bertukar kepada warna-warna gelap memenuhi titik-titik noda hati. Orang yang rupa kulitnya gelap tetapi hatinya putih dengan rasa cinta adalah lebih baik berbanding orang yang kulitnya putih tapi hatinya hitam dengan dosa cinta yang tidak kena pada tempatnya. Disini MISZ DS juga ingin berkongsi rasa; bagi sesiapa yang setia pada cintanya, maka setialah! Teruskan usaha anda bagi menjadi mujahid cinta. Sesungguhnya usaha anda amat bermakna bagi sesiapa yang menghargai cinta. Bagi sesiapa yang menduakan cintanya, berhentilah kerana anda juga mungkin diduakan oleh pasangan. Sesungguhnya cinta itu hanya layak dipermainkan bagi orang yang tidak tahu menghargai cinta sahaja. Orang yang menghargai cinta hatinya tetap utuh walaupun dipermainkan oleh cinta. Mungkin dia perlu berhati-hati selepas ini agar langkah kakinya tidak termasuk kedalam perangkap pemain cinta.
Akhir kalam, luahkan rasa cinta anda kepada orang yang anda sayang sebelum terlambat. Luahkan perasaan apa yang terbuku dalam hati selama ini. Walaupun dia mungkin menolak cinta anda tetapi itu lebih baik kerana sekurang-kurangnya anda berani menzahirkan perasaan tersebut. Rasa terluka memang akan ada tetapi tetapi percayalah mungkin ada sinar selapas ini. Berdoalah kepada Allah agar dianugerahkan cinta sejati bagi mengisi ruang hati yang kosong tanpa putus asa dan jemu. Percayalah bahawa Allah itu Maha Mendengar dan setiap doa hambanya yang bersabar pasti akan dimakbulkan. Cinta itu anugerah. Terpulang kepada kita bagaimana mahu memandu arahnya. Jika baik arah yang dituju, berbahagialah anda dengan cinta!!.
0 1111 Primadonna Bagi Love Letter:
Post a Comment
MISZ DS Happy Kalau Anda Komen. Terima kasih Primadonna^^