2011/12/31

Tahun Baru

Sekejap jer masa dah berlalu. Pejam celik, pejam celik umur dah menginjak ke angka ??. I'm already old you know :(..

Apapun hidup mesti diteruskan. MISZ DS nak kongsi rasa kat sini. Kata-kata ini dipetik daripada Morrie (Tuesdays with Morrie) 

"forget the past without denying it!"


Lupakan hal-hal yang lepas tanpa menafikanya. Macam mana tue?. Korang fikirlah sendiri.



Oh yer dikesempatan tahun baru ini MISZ DS nak ucapkan selamat tahun barulah kepada semua. Ingat "forget the past without denying it". Semoga kehidupan baru ini akan lebih bermakna. So,


 오늘은 2011년의 마지막 날이에요 ^^ How are you going to spend it? : )




Wish me luck too for my final exam..OK, tadaaa^^


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

2011/12/25

follower? followers?

follower? followers?


I nak ramai orang follow blog ini..
nak ramai orang kenal blog ini..

kenapa ramai orang follow twitter i daripada blog cantik nih?
Haish......
what should i do to interact people to follow my blog?
aigooooo
tak de ke orang nak tolong promote blog nie..?
Wakakaka
nampaknya kena guna khidmat bomoh nie ^^



*wink


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

2011/12/08

Progress Test

Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar. Allah telah mempermudahkan jalan untuk jawab soklan Progress Test tadi. Mula-mula takut juga sebelum tue. Baca sikit jer. Doa yang banyak. Mungkin keberkatan doa dan pengharapan yang disandarkan kepadaNya. Harap dapat markah tinggi nanti. Kawan-kawan pun begitu juga. ^^


Mood sekarang lega sikit walau masih banyak lagi kerja yang tertunggak. Kami nak p jalan-jalan di pasar malam. Tengok-tengok orang; beli makanan sedap-sedap!! Ada sesapa nak ikut ke?. Haha


Oh yer ada sesape nak p consert PLAY FT ISLAND 2012 ke? Nak booking tiket? Nie link dia.


Sekali lagi MISZ DS tak dapat pergi.ㅠㅠㅠㅠㅠㅠ     Tapi suatu hari nanti MISZ DS akan pergi Korea sendiri jumpa My Ki!!!






*lalalalalalalalalalalalala


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

Iklan bukan Iklan

Salam semua..bebanyak sori sebab lama tak update.


Malam nie angin satu badan sebab tetiba ada orang kutuk sal KPOP.. Ada ke patut budak hingusan tue kata fans KPOP nih bodoh.. memang nak kena nie.. apalagi ramai lah deme-deme nie p serang blog dia tuh hah.
Nak publisiti murahan lah tua. Rasa-rasanya kan MISZ DS nak buat juga lah.. Boleh naik skit trafik blog. Tapi rasa-rasnya patut cakap sal apa yer. Bunuh diri? Kisah budak bodoh yang tak tau malu? atau.... hurm Si babi hutan? Ala tak tau lar nak buat topik hit apa..

Tapi pagi-pagi yang mulia nie, MISZ DS nak share sal iklan SAYS.COM.. Sudah ramai kengkawan MISZ DS yang masuk benda nie.. Banyak dah dapat duit. Modal tak yah keluar, sape tak nak kan?. Korang cuma perlu rajin-rajin kan tangan untuk post iklan. Then, korang suruhlah memember korang tolong klik. Bila dah dapat banyak duit, bleh lar cash out dan belanja deme-dema si tukang klik tue makan ke sebagai mengenang jasa diaorang. MISZ DS baru jer jadi ahli. Tunggu orang klik, duit masyuk jer untung tau.


K lar stakat nie jer dulu.Wasalam. Annyong!! ^^


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

2011/11/09

Kongsi Rasa

Assalamualaikum..


Helo..

Agak lama MISZ DS menyepikan diri dari dunia blogger nie. Hampir sebulan!!
Mood hari ini hepi, tapi badan kurang sihat sikit. Agaknya sebab makan pucuk ubi rebus cicah dengan budu beberapa hari lepas kot. Orang kampung memang suka makan budu tapi  kalau orang ada resdung nie kena hati-hati sikit!!. Makan tak pantang jadi lah macam nie. Sok seek, sok seek nak tidur pun tak boleh. Kecian betul T.T ) 0.o 

Jadi lebih baik update blog camnie. Keke^^ Sambil pegang tisu lap hingus apa salahnya kan?. Eii kotornya..@______@

Baru-baru nie MISZ DS layan satu citer Korea setelah lama tak tengok citer-citer macam nie. Boleh layan tue pun secara tak sengaja jugak lah. Ambil dalam external member. So lucky draw jadinya. Ngee-

Wah korang pernah tengok tak "49 days"?. Fuh citer nie memang powerlah.  Power macam mana?  MISZ DS tak nak citerlah latar belakang citer nie. Ha, yang tue korang kenalah tengok sendiri baru best kan. Ada satu bab yang buat MISZ DS nangis sampai berjurai air mata. Ianya bila mana JUNG IL WOO as scheduler terpaksa berpisah dengan YI KYUNG buat selama-lamanya. Dia kata walaupun awak ikut saya pergi mati pun, kita tetap takkan bersama. Nie sedih nie. Wuuuuuuuu T.T

OST "49 days" nie pun best jugak. Hari-hari MISZ DS dengar!! Memang tak jemulah.  MISZ DS download dalam 4shared jer. Bling3 Kesimpulannya citer nie memang lain dari yang lain. Sad ending maa not hepi ending wuuuuu

                                                                                                                                     


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

2011/10/03

Bersabarlah

Tazkirah hari ini:

"Sabar itu setenggah daripada iman"

Bersabarlah kita walau betapa berat ujian yang menimpa. 

MISZ DS sabar bila pergi kelas BI. Bukan tak best cuma malas takut-takut ada test ke benda tak boleh jawab. Dapat markah ciput jer boleh bikin  MISZ DS malu nie! Kan kita dah belajar BI banyak tahun sejak dari kecil hingga dewasa tapi tak boleh-boleh juga. Berbelas-belas tahun belajar Madam kata. Madam ada cakap kat MISZ DS nie dan kami-kami semua. Maknanya lebih kurang MISZ DS translate macam nie:

"Kalau lah awak ada minat untuk mendalami BI.. asal ada minat jer (inisiatif) awak akan dapat. Awak sanggup untuk baca newspaper, cari info. Ini tak awak minat Korean jugak". Hurm hampehhhhh 

Hah amek ko!! Dapat lagi durian satu biji. (@__________@)

MISZ DS juga sabar walau hidup sorang diri. Maksudnya merantau sorang-sorang. MISZ DS tak kisah kalau belajar sama u, sama level dengan adik MISZ DS. Bab nie MISZ DS tak malu okeh! MISZ DS lebih suka kalau Cik BD ada sama-sama. Tapi sekarang mustahil. Lain kali tak tahu. Kot-kot dapat buat master sama-sama, konvo sama-sama. Wah, how lucky i am^^

MISZ DS sabar juga pergi jelajah bilik-bilik* member walau dunia gelap kat luar hostel sana. Yang penting enjoy. Keke Dapat makan sama-sama. MISZ DS tak boleh makan sesorang nanti ada benda yang meracau. Mula terfikir yang bukan-bukan.. Haha 

See you again^^

*sebelah bilik jer@ dalam hostel yang sama. Wink


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

Dugaan Tuhan. Banyak bersabar

Hai. Selamat pagi.  Bagaimana cuaca hari ini?. Disini cuaca redup-redup sahaja. Pokok tak bergoyang, angin yang goncang. Keke Betul tak istilah nie? Hurm Jadi mood terus baik. Dapatlah susun sesuatu untuk dikongsi. Ye tak?.

Semalam hujan agak lebat. Cuaca sekarang tak menentu. Entah apa hukuman yang Allah nak berikan. Tiap-tiap hari ada hujan, ribut, angin taufan tak hairan lah jeti penambang baru di Kuala Terengganu boleh runtuh. MISZ DS ingat lagi waktu tue time Maghrib. Angin kuat datang melanda. Mak oii habis baldi dengan kain-kain di balkoni melayang. Bunyi petir berdentum-dentum macam padang kena bom tak payah cakap lah. Tapi sekejap jer. Lepas tue hujan lebat mencurah-curah. Ada juga air yang selamat mendarat masuk 2,3 bilik sampai melimpah keluar pintu. Kesian diaorang sebab kena buang tahi kucing lagi kalau tak najis kelabu tue akan bercampur dengan air hujan, kan susah gitu? Haha

Bukak internet tengok-tengok dapat berita yang tidak menyenangkan fikiran. Runtuh lagi.  Kalau tiap-tiap kali runtuh gini bikin MISZ DS malu jer jadi rakyat Terengganu. Apa-apa pun kita yang merancang tuhan yang menentukan. Mungkin kerajaan negeri harus memikirkan cara terbaik agar masalah ini tidak berulang lagi. Terima kasih.^^



*masih ada lagi sisa bangga jadi rakyat Terengganu. Sayang MB!!


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

2011/09/29

UPNM-A-03-06

UIA's student.


Video bukan sekadar video tapi layar keinsafan. Give them support le Kekeke ^^
Tahniah dapat pergi keperingkat suku akhir. -.-


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

2011/09/28

Best Recomendation Album for Japan

[NEWS] Ft Island - best recomendation album for Japan placed 3rd on daily ORICON chart for cd album sales!! Congratulations!! 


*Source; http://www.facebook.com/FTIRocksOurWorld


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

2011/09/23

The Wishes

Hari nie hari yang cukup bertuah sekali dan juga hari yang paling bahagia. Today is my befday kekeke

22/9/'89

Sama tarikh dengan salah seorang member SNSD. Mula-mula MISZ DS terima mesej daripada my lovely sister tepat jam 11:59 mlm. Kandungannya macam nie:

Never be forgotten my lovely sister..
wish you happt besday dear...
May Allah bless you in this world and Hereafter:D

Ucapannya ringkas tapi cukup bermakna.

SMS kedua MISZ DS terima daripada chingu Kak Pah. Bunyinya:


Hepy belated day my bez prenz mmuahhh love you forever.


Love you too my chingu. Pagi keesokannya, dapat lagi mesej dari chingu nie. Dia hantar MMS kek hari jadi tapi sayang file kek tak boleh bukak. T_T Tapi katanya kek warna pink. Haha

Sebelum tue ada dapat banyak wish daripada chingu(s) tingkat bawah, atas dan sebelah bilik juga rumetnya!! Hah banyak kali pula tue.. Hah nampak, nampak, nampak.

Kadang-kadang kita rasa bahagia pabila ada orang yang mendoakan kita dengan kata-kata yang baik tak semestinya dengan memberi hadiah nilaian wang ringgit. Tapi yang peliknya memang betul-betul pelik lah, MISZ DS dapat makan biskut dengan sardin tuna. Kawan MISZ DS yang sponser katanya buat majlis hari jadi. Wakakaka TUNA pun tunalah. Gumawo buat rakan-rakan FB atas ucapan anda moga MISZ DS berjayalah macam-macam. Tenkiu3

Hadiah yang tak sangka bila FT Island comeback di Malaysia 24/9. Mahal woo.. Oh yea ada satu lagi majlis konvo diploma. Hope degree nanti gambar konvo lebih elok sikit.. Hahahaha ok berehhh taaaa

* Banyak sangat ketawa sambil makan tuna.. very-very awesome lah


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

2011/09/20

Konvo Diploma

Salam semua. Gembira hati nie sebab dapat konvo diploma bersama kawan-kawan. Akhirnya pengajian selama 3 tahun ini sampai ke penutupnya. Femili MISZ DS semua datang, hah tue yang bertuahnya. Rumet lama pun ada juga konvo sekali tapi sayang kita orang jumpa di pejabat akedemik jer. Sekarang katanya, dia sambung belajar di UNIMEP dalam bidang pembuatan juga. Alhamdulillah.

Rumet yang dulu pun ada jumpa jugak. Dua malam dia menginap kat bilik buruk* MISD DS. Sedih + terharu sgt. Esok petang dia akan pulang ke Kelantan. Sedih, mana taknya terlalu banyak perkara yang kami lalui bersama-sama. Tapi alhamdulillah kami dapat menamatkan pengajian masing-masing dengan PNGK yang sama juga!! Congrats to my ex rumet Rabiatul Adawiyah atas kejayaan anda!!


My sis pula pulang ke Nilai naik bas mlm nie. Oh yea, my sis ada bagi bunga kat MISZ DS sempena majlis konvo semalam. Bunga yang pertama MISZ DS terima sepanjang hidup kat dunia nie selama 22 tahun. Kesian bukan? terkejut beruk jugak sebab my sis bagi bunga tetiba masa kuar dewan. Tak sangka juga ada orang yang nak bagi bunga kat kita nie. Kekeke. Ada banyak gambar yang kami sekeluarga photoshot/snap semalam. Tapi sayang tak boleh tunjuk kat sini sebab kamera tak dek dengan MISZ DS. Maybe lain kali kot baru boleh post. Hehe Oppa Long MISZ DS banyak amek gambar kita orang, yang jadi modelnya bukan MISZ DS tapi adik MISZ DS yang sorang lagi, Rabiatul. Amboi beriya beno nak bergambar yea. Study hard, smart harddddd lau nak masuk u jgk!! do the best for PMR nanti. My doeseng Adik Mad  plop galok sungguh. Lompat sini lompat sana. Omma kata lari elok-elok nanti masuk longkang! Appa  sibuk duk sembang dengan orang mana ntah.

Ada satu benda yg buat MISZ DS cukup kecewa. Segalanya tampak sempurna tapi macam ada yang kurang. Nani@Adik Jungmin, kami tak sempat pun amek gambar bersama. Mana taknya dia tergesa-gesa nak balik ke UIA. Kami berempat sudah terpisah namun yang pasti ikatan ukhwah, mawaddah warrahmmah kami akan tetap utuh sampai bila-bila. Itu yg pasti. Tapi kan adik Jungmin tak tau bila lagi kita boleh jumpa. Mungkin yang nie kali terakhir sayang?.

Urmmm akhir sekali to all Prim* yang akan pergi konsert Korean Music Wave on 24/9 at Stadium Merdeka Bukit Jalil selamat enjoy lah. MISZ DS jeles sangat kat korang yang pergi nih. Kirim salam kat My Ki tau dengan lafaz salam 1 Korea tau. Kekeke MISZ DS tak dapat pergi sebab kekurangan bajet sob3~. K bye semua.

* blok Safiah buruk sangat berbanding blok G dulu. Unisza ptt caj yang lebih murah untuk yuran asrama.
  Prim: Ft Island's fans. A short from Primadonna.


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

2011/09/15

Rumet Baru

Tadi MISZ DS lepak-lepak kat bawah blok dengan member-member. Tak de apa pun yang kami bualkan cuma prihal rumahtangga tertutup jer. Keke Sekarang MISZ DS sambung degree dalam major Usuluddin juga. Kami berorientasi selama seminggu di uniSZA kampus Gong Badak then kena pergi kem selama sehari setenggah. Aik camne tue? macam tuelah. Hehe Alih-alih balik kat kolej air pulak takde. 2,3 hari lepas tue eletrik lak tak de. Sekarang nie suis eletrik pulak yang buat hal; kejap ok kejap tak. Tension betol lol. T_T

Tapi bukan fasal topik nie yang MISZ DS nak kongsi. Ianya kisah rumet MISZ DS. Bukan nak mengumpat nie just kongsi-kongsi citer jer. Keke Nama dia Farhana. Just call her Ana. Tuannya lemah lembut aje. Mula-mula MISZ DS nampak dia ingatkan Ana nie orang Kelantan (kelate), rupanya orang Ganu kita. Yang awak-awak nie lagi dahsyat. Diorang ingatkan Ana mix chiness sebab mata dia yang sepet kot. Eyow kow?. Ana baik orangnya, tak suka lepak nampak gayanya berbeza dengan MISZ DS nie. Lagi satu Ana suka tidow awal tapi sekarang berbalik pula; tidur lewat. Mungkin masa tue tak de kerja sangat kot. Ok time to sleep well k bye2

* Ana tengah tidur sekarang ^^ (@_@)zzzzzz






Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

Konsert

Hello semua. Pagi nie MISZ DS nak share pasal nie:


내일부터 일본미국말레이시아 쉬지않고 다녀올께요 비타민이라도 많이가져가야지

'Jepun, Amerika Syarikat tanpa berehat mulai esok, saya akan berada di Malaysia jangan lupa banyak vitamin, walaupun'- google translate.


Jangan pening-pening baca benda alah nie. Keke Hah yang nie ditweets oleh @skullhong Leehongki Ft Island @ My Ki. Hehe Diorang akan datang ke Malaysia pada 24 September '11. Korean Music Wave Concert akan diadakan di Stadium Merdeka, Bukit Jalil. Turut hadir dalam konsert tersebut ialah Park Jung Min dari SS501, TEEN TOP, T.O.P, Seungri, G Dragon dari Big Bang grup. Kecian My FT Island kerna tak henti-henti buat konsert jelajah Asian Tour. Oppa-oppa mesti penat kan. Keciannya oppa-oppa saya. Wah tak sabar rasanya nak tunggu pergi konsert tapi malangnya MISZ DS tak dapat hadir (T_T) sob3~ sedihnyaaaaaaaaaa

Peluang nie memang jarang sekali kita dapat tau terutamanya dapat bersemuka secara live dengan artis kegemaraan kita. FT Island sudah tentu grup idol yang palinggggggg MISZ DS suka. FT Island daebakkk!!! Jadi kepada PRIMADONNA yang bertuah tue alangkah bertuahnya anda...



* teringin sangat nk jumpa Hongki @Jeremy @ My Ki~ngee 


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

2011/08/29

Jengah

MISZ DS kembali lagi menerjah muka korang semua. Hai-hai. Helllo-hello. Apa kabo korang semua?. Sihat tak?. Bahagia tak?. MISZ DS bahagia sokmo. Demo pun kawe harap begitulah. Hehe

Sekarang kita menjengah ke angka 29 Ramadhan. Tinggal sehari jer lagi nak sambut 1 Syawal. Hah, perhatian kepada sesape yang tak cukup puasa tu sila angkat kaki anda dan blah dari sini. MISZ DS serius nie. Keke

Oleh kerna tinggal sehari saja lagi nak raya, rasanya ramai lagi mak cik-mak cik, datin-datin kehormat yang kalut buat persiapan raya nie termasuklah MISZ DS sendiri walaupun bukan berpangkat mak cik-mak cik tapi datin tue insyallah lah kalau ada rezeki. Keke Masih banyak lagi yang perlu dibereskan. Rasa macam tak sempat menyempat pun ada. Oppa saya kata termenggah-menggah. Tapi ayat yang dia guna tak kena dengan situasi waktu hendak Maghrib semalam. Haha Rahsia, tak boleh cakap. Jeng,jeng,jeng..

Dikesempatan yang mulia nie, tak lupa ucapan selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin buat  keluarga, sahabat andai dan para blogger. Maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku kerna kebelakangan nie sikap MISZ DS dingin macam besi panas. Kalau cuaca mendung ok sedikit, tapi kalau cuaca panas huh lagi meletup dari Gunung Merapi kat Indonesia tue. Haha Setakat nie sahaja. Okeh tata^^


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

2011/06/06

Annyong Chingu(s)

MISZ DS akan bersara dari blog nie buat beberapa waktu. Mungkin ada rakan-rakan yang merindui MISZ DS di luar sana tue. Keke ^^ Anyway.. My Ki sentiasa di hati. Moga bertemu lagi.. sob3 (T_T) annyong chingu(s)


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

Oh My Skullhong Part ii


Nak sharing sikit ni hah ALL about FT ISLAND;



Members
Name: Choi Jong Hun ( Korean : 최종훈)
Birthday: March 7, 1990 (1990-03-07) (age 20)
Education: Shindongshin Middle Information Industry High School
( Korean : 신동신정보산업고등학교)
Position in band: Leader; piano and guitar
Twitter: 
http://twitter.com/FtGtJH

Name: Lee Hong Gi (Korean : 이홍기)
Birthday: March 2, 1990 (1990-03-02) (age 20)
Education: Seongji High School (Korean : 성지고등학교
Position in band: Lead vocals
Twitter: 
http://twitter.com/skullhong

Name: Lee Jae Jin ( Korean : 이재진)
Birthday: December 17, 1991 (1991-12-18) (age 18)
Education: Seonyoo High School ( Korean : 선유고등학교)
Position in band: Bass
Twitter: 
http://twitter.com/saico011

Name: Choi Min Hwan (Korean : 최민환)
Birthday: November 11, 1992 (1992-11-11) (age 18)
Education: Yanghwa Middle School (Korean : 양화중학교)
Position in band: Drums

Name: Song Seung Hyun (Korean: 송승헌)
August 21, 1992 (1992-08-21) (age 18)
Position in band: Guitar,Vocal, Rap


Record Label
F&C Music
 Enhanced by Smiley Central
Website


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

Oh My Skullhong part i

Welcome to my life, Skullhong!!

Baru terucap kata-kata ini akhirnya. Huf lega, lega. Sambil dengar muzik, lagu yang sayup-sayup vs rock tahap giler telinga pun dah jadi macam nie hah  ♪ . Khayal kepala den tau.

Anyway, kalau ada dikalangan korang yang perasaan le sejak dulu kala lagi MISZ DS taruk foto Hongki sebagai profil pic FB. Banyak juga lirik lagu FT Island yang telah MISZ DS ketengahkan dalam blog nie. Orang kata sebagai penghibur diri sendiri. Keke Lirik lagu tue main copy paste jer dari web. Ala zaman sekarang nie kacang jer lau nak carik benda-benda gini. Just klik jer benda yang kita nak carik. Video fasal rock band nie jer belum uploud kat blog nie. Hehe

FT Island nie terdiri dari five members. Lee Hongki yang banyak cakap nie a.k.a lead vocalist. Dulu MISZ DS ingatkan mamat nie leader sebab mulut dia tak henti-henti bercakap kalah Mami jarum versi Melayu punya. Hehe Choi Joon Hun as the leader (sexy guitarist) seorang yang pemalu; shy-shy cat. Sepatutnya dialah yang banyak cakap kan tapi nie terbalik pulak My Ki yang so sumak kepoh tak tentu fasal. Haha 

Song Seung Hyun; Guitar,Vocal, Rap. Lee Jae Jin; bass and finally Choi Min Hwan as the drummer. Lepas My Ki MISZ DS paling minat dia. Fans gelar dia Minari. He's so cute like a baby. Adik MISZ DS yang nama Rabiatul pun minat dia juga.


Pertama kali MISZ DS kenal band nie bila tengok MV After Love diorang. Video time diorang mula-mula debut. Sepupu MISZ DS ada bagi 1 cd. Dalam banyak-banyak lagu dan band MISZ DS tertengok MV nie. Masa tue tak pernah dengar pun FT Island apa. FT Island berbeza dengan band-band lain. Kalau kita tengok macam band Korean yang lain diorang lebih banyak pada tarian mereka yang 'meloncat-loncat' macam suju tue (Kim Heechul SJ adalah kawan baik kpd Hongki, begitu juga Epik High, Mithra). 

Namun begitu, band nie lebih fokus pada nyanyian dan rap. Ada lagu R & B, rock, sedih, rancak dan yang terbaru lagu Hello-Hello- Return's album. Fuh memang rock giler but it's still so nice to hear. FT Island lebih popular dekat Jepun with their underground debut  berbanding dengan Korea. Jadi nie lebih memberi cabaran bagi mereka.

Kalau nak cerita memang panjang lah. Lain kali, mungkin kita boleh cerita lagi. Oh yer 7 JUN nie merupakan 4th Anniversary  diaorang^^!! yehhh Akhir Jun ke Julai MISZ DS tak berapa pasti, akan keluar 5th album solo Japan-Let's Go (Sila betulkan jika tersilap). Sebagai Primadonna sudah tentulah MISZ DS bagi sokongan sepenuhnya!! yehhh i'm proud to be fanatic PRIMADONNA of FT ISLAND. 

Anyong nae sarang sarang sarang~


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

2011/06/05

Bakal Suami MISZ DS

Hye everyone, moga bahagia selamanya:)..

Malam nie tetiba MISZ DS rajin nak update blog. Petang tadi sempat post lagu jer. Tak sempat nak citer-citer sebab tadi MISZ DS kejar waktu Maghrib. Takut terlepas. Kekekeke Syuttttttttt

Okeh lah semua, MISZ DS cuma nak kongsi rasa jer. Kongsi minat dengan sesapa yang sudi baca entri blog nie. Sudah lama nk citer sebenarnya, tapi tak tercerita. Al-maklumlah banyak benda yang kena ingat, benda yang penting macam nie pun boleh terlupa. Umur makin meningkat bak kata seorang teman MISZ DS tue, tak hairanlah nyanyuk-nyanyuk nie. Yeka Cik Kak oiiii?. Hurm

Hmm sebenarnya MISZ DS syok kat sorang mamat nie. Memang syokkkk gilerrrrrrr lahhhhhh. If you guys ask me why? i will says 'there is no reason to love someone. The feeling come from the pure heart. Keke. Betul tak ayat BI nie?. MISZ DS tak pandai speaking tapi MISZ DS pandai skiping!! Haha Tapi lebih kurang begitulah maksudnya.

Dia tentang seseorang yang MISZ DS suka. Dah lama da, cuma sekarang baru heboh. Mak dan adik perempuan dia MISZ DS dah kenal, cuma ayah dia jer belum. Takut lah nak jumpa dengan bakal ayah mentua MISZ DS tue. Bukan sebab garang tapi segan. Mak dia sungguh baik sekali. Pakai spek juga sama macam dia. Still young lagi. Adik dia?. Adik dia cantik sangat sama dengan muka abang dia nie. Kalau tengok macam kembar. Tapi bukan kembar tau. 

Dia muda setahun daripada MISZ DS. 21? Aah 21 tahun. Kira okeh lar kan walau lelaki lebih muda daripada kita orang perempuan nie. Sometimes  the men look mature more than women. But the problem now is, dia masih bersikap kebudak-budakkan. Walaupun dia dah kerja, ada duit poket sendiri namun masih mintak duit kat appa dengan omma dia tuh. Come on Lee Hong Ki berdikarilah sikit. Dia lah Lee Hong Ki a.k.a lead vocalist FT Island yang MISZ DS maksudkan....:) Nie ada beberapa keping foto dia yang MISZ DS selitkan kalau nak kenal le bagi yang belum kenal lagi:-




Oppa kenapa wat muncung macam tue? 
macam tik tok jer Kekeke

Peace no war!! ^^


Mesti mahal oppa punya iphone kan?


With new hair syle. Like my little bro. Keke
SARANGHAE




*My ki (Lee Hong Ki) suka amek gambar sendiri pastue perasaan sorang-sorang. Oppsss sori oppa






Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

F.T Island Primadonna lyrics

Nae gwanshim bahgge ilibnida


Yuja chingool sagwil iyooga ubtjyo
Nae insaengeh joo-ingongeun baro nahello kittyyo




Namjadeulggiri nanol yaegi deuruhtda nwayahal sesangi
Saramdeuleh gominboda gabyubdago saengakmayo




Geuraetdun geu mami nah byunhaesseubnida
Geunyuneun peurimadonna
Nae chungchooneeran modae wi-eh
Geunyuga natana joo-ingongee dwaetjyo




Oh na-eh peurimadonna
Gureumgulineun ballerina
Ggwiggori gateun moksoril deureumyun
Mak ddwidun shimjangi ootneun guht gatayo




Peurimadonna
Haepi-endingi dwaeyuman haeyo
Nae noonen banjjagineun byulee ddeugo
Chingoon byunhaetda nollyudo saranghaeyo




Ballerina, ballerina




Yuja maeumeun galdaerago sunbaedeul yaegireul durutjyo
Namjadeul euirimani neul youngwonhada mideun gujyo



Geuraetdun geu mami nah byunhaesseubnida
Geunyuneun mwungahga dallayo
Chingoodeuleun koruseuga haru achime nan baboga dwaetjyo




Oh, na-eh peurimadonna
Geunyuh dwiesun bichi nayo
Haru jongil kiseuhago shipda
Ama ggot hyanggiga nal guhtman gatayo




Peurimadonna
Youngwonhan geudae baboigo shipuh
Geudaega ibeul yulmyun shiga dweyo
Wanjunhi michyutdago nollyudo




Oh, lalalala
Ee sesangeun salman haetgo
Haengbokeun chatneun saram mokshi-utjyo
Sarangeul chajayo




Oh na-eh peurimadonna
Gureumgulineun ballerina
Ggwiggori gateun moksoril deureumyun
Mak ddwidun shimjangi ootneun guht gatayo




Peurimadonna
Haepi-endingi dwaeyuman haeyo
Nae noonen banjjagineun byulee ddeugo
Chingoon byunhaetda nollyudo saranghaeyo




Peurimadonna
Haepi-endingi dwaeyuman haeyo
Primadonna
Geunyuh bahgge nan anboineyo




Peurimadonna, peurimadonna, peurimadonna


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

Copyright(C)2012 duriansonata All Rights Reserved.