2012/01/25

Aku Seorang Penyanyi

Hai bloggers..
Baca tajuk kat atas betul-betul yea. Haha Betul3, aku MISZ DS seorang penyanyi. Hobi MISZ DS mendendangkan lagu. Lagu cinta, persahabatan, tapi banyak lagu cinta la. Hahahaha

 o(≧▽≦)o


ヾ(@⌒ー⌒@)ノ

>,<

X(

Walaupun begitu, cita-cita MISZ DS tak de le sampai nak jadi penyanyi. Suara enak-enak sahaja. Nak kata lunak tak jugak. Adoi pergi berambus le MISZ DS asyik berangan jer.

ok,ok, ok 

0.o -.-

Sebagai seorang penggemar muzik sudah tentulah kita secara atomatik akan suka menyanyi kan. Sayup-sayup gitu. Merdu atau tak itu urusan terakhir. Hahahaha Teringat waktu kecik-kecik dulu MISZ DS suka gubah lagu dan cipta lirik sendiri!! Wow masa tue MISZ DS dah pandai jiwang tau. Oh My God. Lepas tue kami buat consert stage. Huhu


Tapi sekarang segan le nak nyanyi depan ramai/banyak orang. Hanya menyanyi kuat-kuat bila rumet takde  kat bilik jer. Tapi kiri kanan, atas bawah masih beleh menangkap suara MISZ DS yang lunak menyanyi. Kekeke Oh itu hobi ku dong. Masa jejalan kat bandar pun MISZ DS masih boleh goyang kepala lagi. Aishh Sudah ketagih muzik nak buat macam mana. Dengar muzik banyak faedahnya tau. Antaranya;


1- Menenangkan fikiran. Contohnya bila korang putus cinta. Layan jer lagu. Tapi awas jangan dengar lagu yang jiwang-jiwang. Ini boleh menambahkan lagi keremukan hati anda. Sebaliknya dengar lah lagu yang rock sikit pasti anda akan tersenyum lebar :)


2- Memudahkan tidur. Bagi sesiapa yang sukar tidur, dengarlah lagu. MISZ DS suka dengar lagu time tidur. Lepas tue conpem kita akan tak sedar-sedar sampai pagi. Hehe





3- Elak lakukan perkara tak berfaedah. Oh daripada korang duk lepak-lepak kat facebook ke shopping mall ke seribu kali lebih baik korang dengarlah lagu. Huhu

Rasanya cukuplah surat/warkah MISZ DS kali ini yer. Lain kali MISZ DS akan update lagi. Promise. Hehe -.- Akhir kalam MUSIC ROCK is POWERFULL. Time Kasih yer ^^


P/S teringin nak wat solo stage lagi. Beli mp3/ipod Huhu



Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

2012/01/23

I Sarang Oppa, Oppa doesn't Sarang Me

Oh love letter nie aku MISZ DS tujukan kepada seorang "kekasih hati" ku, idaman hati yang ku tunggu sejak sekian lama. Pertama kali kami berjumpa.. biarlah hanya detik itu aku MISZ DS sahaja yang tahu.


OH hi oppa,

"First of all, i wanna says hello hello for you.. You are my namja oppa. No one in my shimjang 심장 except you oppa.  Han nun ne ban ha da oppa. Oh i wanna cry when i kiook 기억 oppa. Nomu chuwayo oppa. Saranghae!! I sarang oppa but oppa doesn't sarang me. Wae oppa?? because of PRIMADDONNA that always scream when they see you at kong hang..? Oh don't tell me. I'm in love sick after love. I want you to be my sunshine boy and i will be your sunshine girl. Will you oppa??

Please answer me. I hope that haengbok will be ours. I don't want smile like a doll..so ei soso"

Won nang bu bu? Keyol lon nap si da oppa? keke -.-  

langunge: English Korean wink*


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

2012/01/22

Cerita Hati Si Mata Dua | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Santai petang bersama Cik BD. Promote Kekeke ^^

Tekan SINI

Tenkiu ^^


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

2012/01/19

Sepupuku Nak Nikah

Hah sepupuku nak nikah? Oh kalau dikira dengan kalkulator setelah 

didarab x x x x , 

ditolak ---------, ditambah +, dibahagi  

ini dah masuk 5 orang sepupu sepapat ku nikah. Keluarga kami dalam kategori sederhana ramai. Kalau berkumpul memang meriah jugaklah. Hanya sepupu sebelah ibu MISZ DS jer yang dah nikah, itupun anak-anak Mak Long (kakak mak yang sulong), belah ayah belum lagi. Haha Mana taknya depa-depa kecik lagi. Generasi kamilah yang paling sulong. Cucu sulong baru umur 25 (abangku la). Haha

Sape nak masuk jadi ahli kerabat kami sila daftar diri. Lapor pada MISZ DS nie yer. Abang masih single lagi. Dia yang kata. Tak tahulah kesahihanya sparas lutut mana. Huk3

Kami kena bangkit awal. Pagi-pagi lagi kami kena bangkit awal. Mak kata majlis akad nikah kul8. Mak oii awalnya. Tahulah tak sabar. Kot yea pun tunggulah kan orang gosok gigi dulu. Haha

24/1/2012 majlis resepsi di belah pihak lelaki. Rumah Mak Long MISZ DS le tue. Keke Hilir bebonor ko guna perkataan resepsi tue yer. Oh  Hehe Kalau kat tempat kami, kita panggil "sambut nantu">>>

MAJLIS SAMBUT MENANTU dalam bahasa yang lebih skema. Ummphh

Ok doakan mereka bahagia yer!! TERIMA KASIH PRIMS ^^




Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

Kisah ke Munduk??

Hai.. Sebenarnya ini entri lama. Tapi MISZ DS cukup teruja untuk berkongsi dengan fans semua. Wakaka Takde le lama sangat cuma minggu lepas jer. Hehi Kira baru lagi lah kan? Keke

Alkisahnya begini. Semenjak dari sem berapa lagi kami diajak oleh teman ini. Biarlah MISZ DS perkenalkannya sebagai Cik Qyn. Dia baik orangnya. Suka memuliakan tetamu. Sungguh!! Nak dijadikan cerita akhirnya tercapai juga hasrat kami nak ke Munduk. Oh begitu yea?. Korang tahu tak Munduk tue kat mana? Ha, tak tahu? Ish apalah, Munduk pun tak tahu. Nak tahu tengok link peta kat bawah nie. Munduk bersempadan dengan Rantau Panjang, Kelantan. Dalam negara Thailand!!


Kami excited po gilo lah. Nak exam pun terbayang duk atas perahu di Munduk tue hah. Haha First time nak pergi luar negara camni lah. Sebelum pergi kami singgah rumah Cik Qyn tadi di Rantau Panjang, dalam 2 malam juga kami tumpang tidur atas katil dia. Hak2 Kami tengok banyak motor plate Siam. Menakjubkan. Macam sudah melancong kat Bangkok cuma sampan kecik tue jer takdek.

 Last-last tak jadi pergi Munduk sebab kerajaan denda sesapa yang pergi sana tanpa izin. Macam PATI lah kalau kita berani pergi jugak. Shopping kat Rantau Panjang jer. Murah juga harganya. Habis beratus juga alang-alang. Kawan cakap beza tak banyak mana pun harga dengan Munduk. Tapi hati-hati, harga makanan di restoren sini mahal lah. Haha Sedap kat mulut jer, pahit kat bibir. Huak2


Terima kasih Cik Qyn sebab sudi bawa kami jalan-jalan. Hehe. Lain kali boleh tak kami singgah lagi? Keke



Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

2012/01/18

Api oh api

Hai guys. Selamat petang!!

MISZ DS tak berapa sihat hari ini. Tapi mood still happy. Yeah!! Walau apa pun MISZ DS harap korang semua sihat lah. Cayalah gitu.

Semalam rumah kami nyaris jadi arang. Kebakaran kecil jer. Baby kat rumah main lilin. Kami sibuk tunggu bila lah elektrik nak nyala nie sebab dari petang lagi buat hal. Selalu juga keadaan macam nie berlaku. Kami makan dalam malap-malap disimbahi cahaya lilin dua batang terpacak atas meja. Nampak tak nampak jer nasi dalam pinggang. Sudah makan, kami borak-borak di ruang tamu rumah.

Baby main kertas tisu letak atas lilin. Dia nampak gembira sambil hayun-hayun kertas tisu atas lilin yang menyala perlahan ditiup angin ntah dari celah lubang mana.

"Kak, tengok tisu nie panas. Hahaha." Baby ketawa. 

Sempat lagi dia letak tisu yang ada wap panas lilin tue kat atas tangan MISZ DS yang licin nie. Huk3 Tisu tue panas sebab wap lilin yang panas melekat kat tisu. Jadi Baby suka lah.

Takde orang yang pedulikan Baby saat tue. MISZ DS pun malas nak layan. Semua orang sedia maklum dengan kenakalan Baby. 

MISZ DS dengar lagu dari headphone. Ayah dengan Cik Piah sembang pasal pertukaranya nak ke sekolah baharu. Ayah kata cerewet lah prosesnya. MISZ DS tak kata apa-apa. Dari satu lagu ke satu lagu. Wah best jugak layan lagu sekali sekali. Fikiran melayang sekejap.

"Aduh, panas nie". MISZ DS tegak berdiri.

Baby campak tisu yang terbakar sebelah tempat MISZ DS duduk. Terperanjat dengan kejadian tue, Baby tiup lagi api tue. Api tue makin besar. Kesian Baby dia tak tahu bahawa kalau dia tiup api tue akan makin membesar setinggi gunung!! Baby ingat dengan cara tiup-tiup tue api akan padam. No way Baby!!

Ayah yang duduk atas kerusi bingkas bangun. Hero datang untuk menyelamatkan keadaan. MISZ DS terfikir nak ambil air jer. Tapi ayah cepat-cepat pukul api dengan tangan besarnya. Noktah. Api padam.

Baby bungkam tak terkata. Diam jer. Ayah marah Baby supaya jangan main api lagi. Tak tahulah Baby yang nakal nie boleh faham ke tak ayah kami cakap apa.


Mak tak tahu lagi yang kerusi dia hangus sebelah dikerjakan oleh Baby semalam. Kalau mak tahu entahlah apa yang akan jadi kat Baby nanti.



Pagi tadi Baby tak pergi sekolah. Dia buat bising lagi. Baby main spanar abang yang tersedia banyak dalam 2,3 kotak. Bising betul bunyi. Digarap jadi sebuah lagu yang panjang.


Bila MISZ DS marah, Baby cakap macam nie 

"Besi dengan besi memang lah berbunyi."

"Yela, habis tue jangan main lagi. Bising!.''


Baby suka laga-lagakan sepanar-sepanar tue baru bunyi dia bergemerisik cantik macam biola.

Baby kami memang nakal walau dah masuk darjah tiga. Rajin apabila disuruh dengan syarat dapat main game. Itulah Baby kami, permata hati keluarga kami... 


MUHAMMAD BIN ABDULLAH





Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

Copyright(C)2012 duriansonata All Rights Reserved.