Hai guys. Selamat petang!!
MISZ DS tak berapa sihat hari ini. Tapi mood still happy. Yeah!! Walau apa pun MISZ DS harap korang semua sihat lah. Cayalah gitu.
Semalam rumah kami nyaris jadi arang. Kebakaran kecil jer. Baby kat rumah main lilin. Kami sibuk tunggu bila lah elektrik nak nyala nie sebab dari petang lagi buat hal. Selalu juga keadaan macam nie berlaku. Kami makan dalam malap-malap disimbahi cahaya lilin dua batang terpacak atas meja. Nampak tak nampak jer nasi dalam pinggang. Sudah makan, kami borak-borak di ruang tamu rumah.
Baby main kertas tisu letak atas lilin. Dia nampak gembira sambil hayun-hayun kertas tisu atas lilin yang menyala perlahan ditiup angin ntah dari celah lubang mana.
"Kak, tengok tisu nie panas. Hahaha." Baby ketawa.
Sempat lagi dia letak tisu yang ada wap panas lilin tue kat atas tangan MISZ DS yang licin nie. Huk3 Tisu tue panas sebab wap lilin yang panas melekat kat tisu. Jadi Baby suka lah.
Takde orang yang pedulikan Baby saat tue. MISZ DS pun malas nak layan. Semua orang sedia maklum dengan kenakalan Baby.
MISZ DS dengar lagu dari headphone. Ayah dengan Cik Piah sembang pasal pertukaranya nak ke sekolah baharu. Ayah kata cerewet lah prosesnya. MISZ DS tak kata apa-apa. Dari satu lagu ke satu lagu. Wah best jugak layan lagu sekali sekali. Fikiran melayang sekejap.
"Aduh, panas nie". MISZ DS tegak berdiri.
Baby campak tisu yang terbakar sebelah tempat MISZ DS duduk. Terperanjat dengan kejadian tue, Baby tiup lagi api tue. Api tue makin besar. Kesian Baby dia tak tahu bahawa kalau dia tiup api tue akan makin membesar setinggi gunung!! Baby ingat dengan cara tiup-tiup tue api akan padam. No way Baby!!
Ayah yang duduk atas kerusi bingkas bangun. Hero datang untuk menyelamatkan keadaan. MISZ DS terfikir nak ambil air jer. Tapi ayah cepat-cepat pukul api dengan tangan besarnya. Noktah. Api padam.
Baby bungkam tak terkata. Diam jer. Ayah marah Baby supaya jangan main api lagi. Tak tahulah Baby yang nakal nie boleh faham ke tak ayah kami cakap apa.
Mak tak tahu lagi yang kerusi dia hangus sebelah dikerjakan oleh Baby semalam. Kalau mak tahu entahlah apa yang akan jadi kat Baby nanti.
Pagi tadi Baby tak pergi sekolah. Dia buat bising lagi. Baby main spanar abang yang tersedia banyak dalam 2,3 kotak. Bising betul bunyi. Digarap jadi sebuah lagu yang panjang.
Bila MISZ DS marah, Baby cakap macam nie
"Besi dengan besi memang lah berbunyi."
"Yela, habis tue jangan main lagi. Bising!.''
Baby suka laga-lagakan sepanar-sepanar tue baru bunyi dia bergemerisik cantik macam biola.
Baby kami memang nakal walau dah masuk darjah tiga. Rajin apabila disuruh dengan syarat dapat main game. Itulah Baby kami, permata hati keluarga kami...
MUHAMMAD BIN ABDULLAH
Aduhai..siang baby I.. Nakal tk bertempat... keke^^..Kecil2 jadi kawan,,bila besar jadi lawan..Uhhh..
ReplyDeletebaby st nakal/buas mcm rimau..haha
ReplyDelete