2012/02/25

I won??

Aww. Bunyi macam gedik jer. Iya tak?. hehe 
Nal ssi ga the war (cuaca hari ini panas lah). "The war" only sound. Maksudnya jangan tekankan sangat bunyi nie. Hmmmm Kelas Korea lah plak. keke
I'm very happy today (hangbokea) sebab dapat top up free RM 10 dari CIK Noyue. Kalau nak tahu sebab apa klik SINI
Sapelah nak bagi topup free kan kita nie kan, macam lah kita nie baik sangat. Jadi terpaksalah kena rajinkan diri masuk benda-benda ke. Kot-kot rezeki ada ke?. :P
Terima kasih yea sebab banyak menyokong MISZ DS selama ini. I love you PRIMADONNA!! Really!! ^^~


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

2012/02/24

Pabo

Pernah tak ada orang panggil kamu pabo?. Dalam bahasa kasar bodoh lah. Tahulah aku ini pabo, stupid itu pun nak semua orang tahu ke?. Tapi bisik lah senyap-senyap jangan macam Jom Heboh. Malu saya nanti~~~ Anyway, i don't mind. He's so cute when he says it. Ini lah cinta buta namanya. Cinta pertama MISZ DS^^~

P/S: Sekali, 10 kala panggil sayang pun tak pe. Dah tak kisah nie~~~ keke
Foolish you ah...


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

2012/02/23

Nal ssi

Nal ssi, nal ssi. Sekali lagi, nal ssi. Oh ini bukan nasi!! hehe Nal ssi untuk cuaca. *Nal ssi ga jo ta. Aww makin banyak perkataan yang MISZ DS belajar. Teruja. Kalau lah ada kursus bahasa Korea kat sini, umm tak tahulah. Agak-agak kan mesti ramai yang berminat. Dan MISZ DS lah orang pertama yang akan daftar kursus tue. keke Nak tau tak kat mana MISZ DS belajar nie?. Sharing is caring right?. Tapi MISZ DS takkan bagitau kat sini. Maybe lau ada permintaan. keke


p/s * the weather is good^^~


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

2012/02/10

SEGMEN : DREAMS BECOME TRUE

TAG;

Ini banner sudah MISZ DS tampal dengan guna gam gajah cap harimau (ulang ayat tuan GA ini. hakhak) Tag 4 lagi. Bolehkan?. Sebab mereka ini penting!!
Wow memang awesome. MISZ DS paling suka contest tajuk gini!! Really!! Tak tipu. Kalau taip 3 hari 2 malam pun MISZ DS tak kisah ini!! haha
Nak join pun senang. Tak banyak step. MISZ DS suka buat kerja senang lagi memudahkan. Haip
Oke let's play (dengan semangat separuh mati!!)
Entri ini mungkin agak melampau bagi sesape yang baca. Rasanya mungkin ada yang dapat teka. hehe (malu i -.-) 

1- MISZ DS teringin nak jumpa dengan oppa LEE HONGKI, Ft Island's band. MISZ DS sanggup taip entri panjang lebar semata-mata kerana dia. I sarang oppa but oppa doesn't sarang me. Sob3 Tapi tak pe! Cintaku padamu takkan padam. haha Nak dia mention my name di twitter. Harap-harap dapat pergi konsert dia suatu hari nanti. Oppa, saya pernah mimpi kita amek gambar sekali tau. Really!! Mungkinkan kau teman biasa..mungkinkah ',' Cik BD ajak pergi Seoul bila kami dapat kumpul duit nanti. :)
Tunggu di FNC takpe. hihi

Bagi tengok yang ini saja lah. Takde sebab untuk kita suka seseorang rite? ^^

2- Oke, MISZ DS nak kami sekeluarga tetap bersama sampai bila-bila. Keluarga amat penting bagi diriku. Really!! MISZ DS sayang sangat kat mereka. MISZ DS sanggup buat ape aje asalkan mereka bahagia. Tetapi ketahuilah kadang-kadang mulutku cukup berbisa. Maka, maafkanlah.
3- Teman juga amat penting. Ada teman baru,ada teman lama. Tetapi ketahuilah moga ikatan kita kan setia sampai mati. Walau MISZ DS punya teman dari luar negara tapi takkan sama dengan korang. Muka tak sama!! hehe Maaf juga andai terasa.
4- Buat rumah besar, baru boleh beli iphone. Masa tue mungkin dah takde iphone mungkin Zphone. Sampai masa tue MISZ DS terpaksa akui yang diri ini sudah tua. haha
5- Bersara dan duk rileks. Wah masa tue boleh lah habiskan duit dengan jalan-jalan dan shopping. Buat ibadat juga!! keke
Rasanya takat nie jer takut berjela tak cukup dakwat. hakhak Ada banyak lagi tapi lok jer (biar) dulu.
:)
Cepat join!! Tarikh luput : 12 Februari 2012 pada pukul 12 am.
Dengan ini maka MISZ DS rasmikan this beutiful entry with beutiful voice tepat jam 1:10 am !!. hehe


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

1st giveaway by Ratu and Queen

Huhu bersusah payah MISZ DS join GA nie. Kena like itu dan ini. Ini lah hasil bannernya!! huhu Jangan tengok lama-lama nanti pening keke ^^

tak pandai buat banner gini hakhak

Sponsernya ramai. huhu **Penaja Utama Contest - http://www.raudhahshawlstore.com/ bila lah MISZ DS dapat buat contest cam gini?? Kali keempat join GA kekeke

Macam biasa kena tag nama. Nama biasa yang jadi mangsa hakhak. Tag tiga jer tapi kat sini tag empat!! Takut ada yang jeles nanti. keke


p/s: mood sekarang untuk kontest jer. Jom join ramai-ramai!! -.-


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

2012/02/09

Contest Aku Suka Makan Coklat !!

Wow ini satu lagi kontest yang MISZ DS join. Pihak Chocosweeties membuat satu contest yang julung-julung kali diadakan. Jadi, sebagai blogger yang baik (MISZ DS)  terutamanya kena lah bagi support kepada mereka rite!! hehe Masa untuk kita lekatkan "logo" <,>



Uih ada terliur tengok banner nih tak? keke Hadiahnya?? Sudah semestilah coklat yang sweet-sweet belaka. Haip MISZ DS suka makan coklat sebab ada sorang member ini dia suka sangat beli coklat bila shopping. Dia tak suka beli benda lain cuma coklat jer yang dia falling in love. Kalau ada offer, penuh troli  dia dengan coklat tuh. Sedikit-sedikit minat MISZ DS pada coklat makin bertambah.

Coklat ini ada macam-macam jenis. Beraneka macam kuih lastik!! Tapi rasanya manis macam tebu. Adik MISZ DS kata coklat ada zat. ZAT nya tak pasti haha Bila makan coklat atomatik MISZ DS akan teringat kat orang tue tapi coklat tue tak sampai kat tangan dia. Hanya sampai kat mulut oramg lain jer. hehe Selain itu, coklat cair macam gula manisan jer!!  MISZ DS tahu ia boleh menyebabkan gigi jadi ronggak jika kita malas nak berus gigi! MISZ DS nak hadiahkan coklat pada orang yang MISZ DS suka biar dia kaget tak terkata!! haha MISZ DS nak tengok gigi dia yang lawa jadi ronggak!! haha

Oke tag my chingu yer
1- Cik Wana (dia rajin join contest haha)
3- Cik Qyn dari Rantau Panjang!!


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

Aku Cinta Padamu

Assalamualaikum
Hello, hi (bagi non Muslim)
Tajuk untuk hari ini ' Aku Cinta Padamu!! ' keke sebab sudi baca dan follow blog kuning ini!! Terima kasih bebanyak tau. Haip bagi sesape yang ada FB tolonglah like video ini yer. ^^ Vote untuk pertandingan. Harap-harap menang kerna dapat vote dari kamu-kamu ini hah. keke Simple jer tolonglah "like" walaupun korang tak berapa suka. Hehe Macam kena paksa jer :) Demi persahabatan kita oke!!
Satu lagi, kalau korang perasan le ada skull kat atas tue. Skull ke sotong? Entah. Cuba korang tengok. Asalnya nak letak yang ini tapi takut nampak cam fanatik sangat pulak. keke


Nampak cam melampau kan. Hakikatnya aku ialah Primadonna terulung di abad ini. Haip ^^




Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

2012/02/08

phat-hijabs-2nd-giveaway

Masa untuk kontest lagi!! Kontest kedua  yang MISZ DS masuk selepas kontest INI. Hahaks Bagus juga join benda gini barulah otak kita cepat berkambang sikit. Ok let's play!!
MISZ DS tampal banner ini  dari blog phathijabs dengan kuatnya supaya tak tercabut keke



Nah ini bannernya. Ada bunga-bunga lagi. Bila tengok kat hadiah yang ditawarkan tue, MISZ DS paling berkenan dengan yellow brooch. Hope dapat. Sejak kebelakangan ini warna kuning selalu menjadi idaman ku!! haha Thank my prem sebab bagitau sal kontest ini. Flowery shawl dia pun lawa. Agak ramai juga yang join.
Kalau terpilih undian tue MISZ DS nak..nak tunjuk kat semua kengkawan. Biar mereka semua jeles haha. Oke Tenkiu^^


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

Cara Cepat Belajar Bahasa Korea, Mandarin

Hah begitulah tajuknya. MISZ DS bukan guru Bahasa Korea atau Mandarin cuma tukang tunjuknya jer. Keke Sape nak belajar, sila baca entri kat bawah ini. Aish -,-


Entah kenapa semalam tetiba rasa nak tengok Buletin Utama TV3. Owh rupanya ada gadis pelik. Itulah sifu bahasa Korea@Mandarin korang!! Oh dia memang pelik. Tapi.. tapi betul ke?. Si gadis pelik itu pandai cakap Korea dan Mandarin. Dia tak payah pergi kelas bahasa pun tapi pandai cakap Hangul. Pengsan rasa. '_?

Tapi dia tak boleh berkorea dan bermandrin pada waktu lain cuma bila start pukul 6:30 AM baru boleh. Bila tiba time tue Bahasa Melayu dia dah tak reti nak cakap. Jadi kalau nak suh dia makan ke mandi ke orang sebelah dia guna bahasa apa eh?.

Kejadian ini bermula selepas si gadis itu dilanggar oleh lori dari arah belakang. Bila sedar jer dia dah pandai cakap kedua bahasa ini. Lagi satu, budak ini dari Besut jugak. Agaknya Besut ini memang terkenal dengan perkara pelik. Lihat saja berita-berita yang jarang kita dengar kebanyakanya dari Besut. Oh tempat lahirku itu!!

MISZ DS teringin nak kenal dengan budak itu. Budak sebab umur dia "kurang'' sikit dari MISZ DS. Hehe Walaupun namanya Besut, tapi tempatnya cukup besar dan luas. Dimana harus ku cari??
0.o


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

2012/02/07

My Memory **

Selamat petang. Jam sekarang 1:41 PM 2/7/2012


Owh MISZ DS nak cakap sal MY MEMORY petang nie. Jangan ada yang terlelap/terlena sudah. Ini bukan lagu My Memory dalam citer Winter Sonata tue. Hmmmmmm ( sambil legakan tekak) Oke!!

Kan orang kata, "times flies when you are have fun'', betul ini!! MISZ DS rindu sangat waktu dulu. MISZ DS rindu sangat waktu cuti yang panjang. Aish sekejap sahaja. Lagi 10 hari MISZ DS akan pulang ke bumi Terengganu. OH!! Kalau awal cuti dulu MISZ DS tak sabar nak kesana tapi sekarang? Jangan tanya MISZ DS. Rasa macam nak ketempat lain sahaja. Mengembara keseluruh pelosok dunia, tapi bukan ke tempat sana.

Tolonglah (hati kecilku memberontak lagi) Ya tuhan, tolonglah aku. Kabulkan permintaan ku ini.
^^ (^_-)


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

2012/02/05

Giveaway Ucapan Wedding Day Wafie and Noyue by LIKU-LIKU KEHIDUPAN

Hai Primadonna. Keke Korang suka tak MISZ DS panggil korang Primadonna? Haha Tak kisah lah suka atau tak MISZ DS tetap akan panggil Primadonna! Auh sentimentalnya.

Oke Let's play*.


*Satu lagi perkataan yang MISZ DS suka guna. Uwahuhua. Jangan marah my pretty dearies. Oke sebenarnya MISZ DS ada masuk GA. First GA. Huhu. Macam mana nie dah start berdebar nie. Dupdapdupdap Calm down calm down. Ok3



Ini banner nyah...my chingu's wedding. She is my prem.

TAG:

Walaupun kita kawan tapi awak jangan pilih kasih oke! Saya tahu saya kawan yang paling baik dalam hati awak tapi awak tak perlu kasihankan saya  kerana saya tau awak sememangnya adil dalam memilih pemenang kan. Hehe

Saya nak ucapkan selamat pengantin baharu/baru pada kamu berdua. Orang kata bercinta lepas kahwin best. Saya harap saya juga begitu nanti.^^  Saya berasa sedih kerana tak seorang pun yang jemput saya ke kenduri kahwin awak. Tapi saya nak tanya jugak awak suka hadiah apa?. Saya nak beli tapi saya cuma boleh guna pos laju sahaja. Sedih bangattt

Saya harap awak bahagia dengan pilihan hati awak. Jadilah isteri solehah, ibu yang memahami, nenek yang baik dan moyang yang boleh diingati oleh setiap generasi. Kepada Tengku Wafie jagalah temanku ini baik-baik jangan biarkan dia buat kerja berat-berat. Maaf kerna kami pernah tidur bersama dahulu. Haha Macam tak praktikal jer ayat nie. Uweikkssss

Itu aje walaupun tajuknya panjang dua depa. Hehe Terima kasih Primadonna!! love you lah


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

Bunuh Diri

Hai. Rindu sangat kat blog nie setelah sekian lama tak update citer. 5/2/2012 Huh begitu pantas masa berlalu meninggalkan hari semalam kan?. Akhirnya blog ini juga semakin matang mencorakkan warnanya dengan warna yang lebih friendly dan ceria! Sengaja di masukkan unsur pink sekali walau MISZ DS tak berapa suka warna pink. Hehe


Bosan bukak FB dengan status rakan-rakan yang sama, baik layan blog dan twitter kan?? Owh MISZ DS suka twitter sangat-sangat!! More and more. Tengok status kengkawan semua pasal topik nikah kahwin. Agaknya benar le bila umur menjangkau awal 20 an semua ligat berfikir bila le aku nak nikah? Siapa suami aku? Huh macam-macam lagi yang tak terpikir pun boleh terpikir. MISZ DS malas nak komen. Bosan. Diaorang tak bosan ke bincang topik sama hari-hari?. Bagi yang nak nikah tue Alhamdulillah lah. ^^



Tadi tetiba terpikir pasal bunuh diri. Eh bukan MISZ DS nak bunuh diri cuma terpikir jer. Begitu ramai yang bunuh diri mereka sendiri kat dunia nie. Paling kejam bunuh diri dengan cara berbaring di landasan kereta api. Bagaimana rasanya mati dengan jasad hancur lebur?. Owh kalaulah bunuh diri itu boleh menyelesaikan masalah, lari dari segala perkara yang membebankan, takdelah MISZ DS duduk dalam keadaan macam ini. Setiap orang ada masalahnya cuma terpulang kepada mereka bagaimana mereka menyelesaikan masalah tersebut. :)


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

Copyright(C)2012 duriansonata All Rights Reserved.