Hah begitulah tajuknya. MISZ DS bukan guru Bahasa Korea atau Mandarin cuma tukang tunjuknya jer. Keke Sape nak belajar, sila baca entri kat bawah ini. Aish -,-
Entah kenapa semalam tetiba rasa nak tengok Buletin Utama TV3. Owh rupanya ada gadis pelik. Itulah sifu bahasa Korea@Mandarin korang!! Oh dia memang pelik. Tapi.. tapi betul ke?. Si gadis pelik itu pandai cakap Korea dan Mandarin. Dia tak payah pergi kelas bahasa pun tapi pandai cakap Hangul. Pengsan rasa. '_?
Tapi dia tak boleh berkorea dan bermandrin pada waktu lain cuma bila start pukul 6:30 AM baru boleh. Bila tiba time tue Bahasa Melayu dia dah tak reti nak cakap. Jadi kalau nak suh dia makan ke mandi ke orang sebelah dia guna bahasa apa eh?.
Kejadian ini bermula selepas si gadis itu dilanggar oleh lori dari arah belakang. Bila sedar jer dia dah pandai cakap kedua bahasa ini. Lagi satu, budak ini dari Besut jugak. Agaknya Besut ini memang terkenal dengan perkara pelik. Lihat saja berita-berita yang jarang kita dengar kebanyakanya dari Besut. Oh tempat lahirku itu!!
MISZ DS teringin nak kenal dengan budak itu. Budak sebab umur dia "kurang'' sikit dari MISZ DS. Hehe Walaupun namanya Besut, tapi tempatnya cukup besar dan luas. Dimana harus ku cari??
0.o
0 1111 Primadonna Bagi Love Letter:
Post a Comment
MISZ DS Happy Kalau Anda Komen. Terima kasih Primadonna^^