Love story? huh
Love Story ku? Kat part mana patut ku mulakan. Ahh Bercakap tentang ini pun MISZ DS sudah malu sendiri. Sedih pun ada. Klik banner untuk join dan lihat syarat2nya
Bannernya sudah dipasang. Huh patut ke ia diceritakan. Love story ku belum pernah diceritakan dimana2 buku teks mahupun novel yang merepek. Kawan-kawan pun tak ramai yang tahu. Bukan kerana perahsia tetapi begitulah. keke Ini pula mahu didedahkan ke seluruh dunia timur dan barat.
Tahun 2006/7. Itulah seingat MISZ DS. My first love. True first love. Kali pertama jumpa memang tak rasa apa2. Betol nie. Lama kelamaan barulah rasa itu hadir. Ahh saat itu bahagianya diri ini. Mahu saja diungkapkan "I love U" tapi MISZ DS pendam.
Dia classmate ku. Mana mungkin nak diluahkan nanti malulah kalau semua orang tahu. Namanya Ammar. Ammar Syafiq. Nama yang indah kan seindah empunya diri juga. Dalam diam teman MISZ DS, Nini (bukan nama sebenar) turut meminati Ammar. Nini mempunyai perwatakan yang manja dan lemah lembut. Nini suka apa sahaja stuff yang comel2. Dia pasti akan beli. Berbeza dengan diri ini yang berperwatakan agak kasar dan ganas. Suatu hari, Nini bagitau dia suka Ammar. Dia sanggup buat apa sahaja untuk Ammar. MISZ DS cuma menggiakan aja. Bimbang kalau Nini tahu, takut persahabatan kami akan terputus. MISZ DS sayangkan persahabatan kami. Biarlah cinta itu asalkan hubungan kami sebagai sahabat kekal sampai bila2.
Tapi MISZ DS silap. Untuk sekali lagi. Melihat kemesraan Ammar dan Nini siapa yang tak cemburu. Seorang buah hati kita dan seorang lagi kawan kita. Tiap2 malam MISZ DS pasti akan nanggis dan conteng satu buku. Buku itu ibarat diari. Segala luahan akan tercatat disitu
Suatu hari, MISZ DS buat satu keputusan drastik. MISZ DS tukar sekolah lain dan tumpu pada SPM. Akhirnya, MISZ DS berjaya masuk ke U sekarang nie. Ammar?? Ammar cakap dia tak pernah cintakan Nini. Bohong lah Ammar. Nini?? Nini sekarang sudah ada pakwe lain. Mereka bakal bertunang raya nanti.
Yang pasti Ammar biarlah kau pergi sejauh mungkin kerna aku pun sudah menemui cinta baharu dengan Lee Hong Ki. Mungkin rasa cinta itu dah tawar, lebih baik kita cinta pada seseorang yang jauh daripada kita tapi dekat dihati. Sekurang-kurangnya aku bahagia denngan itu Ammar. Kau bukan untukku. Terima kasih.
goodluck , jom terjah ika puny pulak , dri contest yg sme
ReplyDeletehttp://jomjoingiveaway.blogspot.com/2012/06/1st-special-giveaway-contest-by.html