Anyonghaseyo...
Kalam ini berbicara lagi dengan kisah yang berlainan. Yang pastinya dengan thema colourful.
Tatkala semua penghuni Blok G Kampus KUSZA, Gong Badak sedang lena diulit mimpi, tangan ini pula masih gagah mencarap sesuatu bagi dinukilkan dalam blog ini. Ditemani oleh lagu FT Islands " I Believe My Self" sebagai halwa telinga MISZ DS percaya bahawa diri MISZ DS dapat memerah segala memori apa yang berlaku hari ini. Chewah. Bagaikan menulis dalam diari tangan ini laju menyusun ayat-ayat dan bait-bait indah untuk dijadikan cerita. Ia adalah tentang kami- seramai tujuh dara. Apa yang kami buat?. Tentu kamu semua nak tahu kan, kan, kan?.
Baiklah pada petang semalam kami telah mengadakan satu majlis. Majlis karemoni. Hehe. Majlis ini bertujuan bagi meraikan kami semua kerana bakal menamatkan pengajian diploma tidak lama lagi. Jadi sudah tentu kesempatan ini digunakan sebaik mungkin. Petang itu, selepas solat Zohor kami berangkat menuju ke rumah Ustaz Nahu kami, Ustaz Sofi namanya. Sebelum pergi mencari barang-barang untuk majlis nanti elok lah kiranya kami pergi memenuhi undangan orang terlebih dahulu. Bak kata orang, kalau pergi kenduri tue dapat jugak isi perut kan. kih3 Almaklum lah sebab perut tengah kosong masa tue, sekali sekala dua kali dua kala pergi kenduri best jugak. Makanan pun istimewa. Semua best-best. Ada nasik minyak, gulai daging, kerabu sayur, ayam masak merah, acar timun, sambal, ikan kering dan tak tau apa lagi. Sampai pingang penuh dengan lauk pauk. Hujan renyai-renyai dan awan kelabu berarak-arak seolah-olah Taufan Katrina akan melanda bumi Terengganu tidak lama lagi.
Tetapi itu semua tidak mematahkan semangat kami. Persiapan bagi majlis malam nanti mesti diteruskan. Usai sahaja makan-makan kami bergegas menuju ke Maydin Mall, Kuala Terengganu. Dalam kekalutan jalan raya ditambah pula dengan kerenah pemandu yang ingin cepat sampai ke distinasi masing-masing membuatkan kami bertambah teruja!!. Apa yang kami nampak ketika itu hanyalah;
KEK, BELON, KERTAS WARNA WARNI, sedikit MAKANAN RINGAN dan SPEK BUTERFLY.
Spek buterfly ialah sejenis spek yang berwarna warni yang kita lekatkan dekat mata khususnya bagi menyambut majis tertentu misalnya hari jadi. MISZ DS tak tahu apa yang korang panggil. Ia ada macam-macam bentuk. Tapi kami pilih bentuk buterfly sebab kami nak terbang malam tue pergi Korea. Hehe Nak jumpa LEE HONG KI. Ilove My Ki so much :)
Akhirnya majlis tiba jua. Seperti biasa bilik G 2 1/2 menjadi sasaran untuk diadakan majlis. Kami tatarias pentas bilik mengikut kreativiti yang ada pada Perunding Imej kami iaitu Cik Mimie. Dia memang seorang yang bijak menatarias sesuatu. Kalah MISZ DS yang tak berapa profesional ini. 1,2,3 tetttt. Ntah sudah berapa banyak gambar yang kami rakam. Kamera ada tiga. Model tak berapa lawa tapi perasan lawa ada tujuh. Jadi, raya sakan lah kami. Kami saling tukar-tukar hadiah.
MISZ DS dapat tabung lipstik merah saiz XL daripada Cik Noyu, Cik Mimie dapat frame gambar bas bergerak dari Cik ila. Cantik frame tue. Farhah dapat diari warna biru dari Cik Mimie. MISZ DS suka warna biru sebab macam warna laut. Lol. Hati jadi tenang bila terfikirkan warna tue. Bie, my rumet dapat frame gambar dari Farhah. Frame tue warna warni sama macam baju Farhah yang dia selalu pakai. Keke Nani pula dapat mug triple XL dari Bie. Dia kata dia tak tahu nak buat apa dengan mug tue sebab dia punya dah banyak. Amboi Nani bagilah mug tue kat kami-kami nie. Hehe. Manakala Ila dapat kipas angin yang bentuk macam bunga daripada Nani. MISZ DS ingatkan bunga hidup kat taman bunga mana siap boleh pasang dengan USB kat laptop lagi. Dan Noyu pula dapat mini basket dari MISZ DS sendiri. Uniknya warna basket tue biru juga. Haha
Upacara diteruskan dengan memotong kek coklat RM3k. Apa yang menariknya atas kek itu ditaruk coklat bola yang bersalut warna gold. Tulisan pun warna macam tue jugak. Ada nama kami. Nasib baik kek itu besar boleh lah tulis nama kami-kami nie. Heeee
Acara kemuncak diteruskan dengan permainan yang amat menyeronokkan. Bie merangkap MC yang tak bertauliah mengendalikan majlis. Game pertama "Tiup Belon". Siapa yang lambat dia yang kena. Nah, Nani menjadi juara pertama. Habis muka dia kena sapu bedak cair sebab tak dek tepung. Sebagai natijahnya, muka dia gatal-gatal sebab kulit dia sensitif. Kesian dia. Tapi jangan bimbang sebab dia sapu Body Shop lepas tue. Hehe. Seterusnya game yang kedua Farhah merangkul juara sebab dia kena gambar yang "Padan Muka" berbentuk bad mood. Yang lain semua dapat smile macam nie hah :) , dia kena sebab dia memang padan muka. Hak2 Dia lukis muka orang sebelah dia, Nani tapi dengan lukisan yang satu lagi cantik satu lagi tak cantik. Kenapa ek? Tanyalah tuan lukis tue sendiri yea.
Disamping itu ada game "Sambung Ayat". Yang nie MISZ DS kira paling mencabar. Ada yang kena menari tarian Wonder Girl "Nobody". Itu sebab Cik Noyu yang kena. Ahli dia yang dua orang lagi kena menari juga. Tengok Ila menari wah! boleh tahan nie!! Selalu praktik kat bilik ke?. Heee Lagu main pakai dengan handset jer. Wakaka. Group MISZ DS pulak kena berlakon drama sedih. MISZ DS sebagai ibu, Farhah sebagai bapa, dan Nani sebagai anak yang baik.
"Song from a Secret Garden" menjadi latar muzik bagi drama. Tiba-tiba si suami yang baru balik rumah datang menyepak si isteri yang sedang menumbuk lada untuk dijadikan sambal, "Woi Farhah sakitlah mu sepak aku!!". Si suami memang panas baran, datang pula si anak yang baik hati menyelamatkan keadaan tapi malang akhirnya kena sepak juga. Isk3
Sekian sahaja untuk warkah kali ini. Terima kasih dan jumpa lagi di lain hari dengan titipan yang lain pula. Miss you all!!
wah inie...
ReplyDeletedah update...
maju2...^_^