2011/04/21

Kalut

kalut boleh menyebabkan stress kekeekee


SALAM... apa khabar korang sume? MISZ DS harap korang sihat-sihat hendaknya. Topik hari nie nak cerita fasal exam NAHU tadi. Masa yang diberikan adalah 2 jam setenggah. Soalan objektif ada 40. Subjektif pula ada 5 soalan besar berserta dengan anak-anaknya. Mula jam 9.00 am. Tengok jer soalan pertama, hati dah mula gelabah, kedua, ketiga jantung dah dup dap dup dap. Nadi jadi tak menentu. Ya ALLAH. ASTIGHRFIRULLAHALAZIM. Cepat-cepat istighfar dalam hati banyakkan selawat. Keadaan sedikit terkawal. Masa terus berjalan. Dalam keasyikkan menjawab soalan sempat juga mengerling jam kat dinding tue. Alamak dah dekat 10 lebih. Soalan subjektif tak jawab lagi.

Buat-buat cool supaya tak kalut sebab kalau dah kalut memang otak tak boleh fikir. Soalan-soalan nie memang mencabar bagi diri MISZ DS sendiri. Pulak tue perlukan masa yang lama untuk memikirkan jawapannya. Soalan subjektif yang 1,2,3 dah hampir siap. Tinggal soalan 4 dan 5 lagi. Tiba-tiba " Masa tinggal 15 minit sahaja lagi. Calon-calon tidak dibenarkan keluar daripada dewan peperiksaan ini sehingga diberitahu".  Jantung kembali berdenyut kencang. Yang mana sempat jawab tue jawablah. Otak kurang ligat berfungsi kerana darah tidak sempat dipam ke otak atas sebab situasi yang KALUT.


Kesimpulannya study awal-awal supaya hidup tak menyesal. :)  


Terima Kasih. Komen Kalau Happy^^

1 comment:

  1. Best la this entry!
    Mengingatkan kat exam aritu... tak cukup masa... huuuuuu.. KALUT gilarh!
    n I'm a huge fan of FT Island too!!
    tp minat lagu jer la... hoho

    ReplyDelete

MISZ DS Happy Kalau Anda Komen. Terima kasih Primadonna^^

Copyright(C)2012 duriansonata All Rights Reserved.